Siapa Pegawai SPRM Belaan DAP Sabotaj Daim?
06:07 Jul 23, 2018  |  By SabahKini2
Siapa Pegawai SPRM Belaan DAP Sabotaj Daim?

Apabila Daim dimalukan di China sedangkan rundingan antara Malaysia dan China belum selesai. DAP sangat anti dengan CEP dan Daim. Siapakah Pegawai SPRM Pro DAP yang memalukan Daim?

Akhbar New Straits Times Singapura sudah mula memainkan isu motif di sebalik serbuan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM). Sabahkini2 melaporkan serbuan SPRM kepada syarikat milik China itu menyebabkan Daim berang dengan Datuk Seri Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Siapapun pemain itu dibelakang tabir ia membunuh karekter Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Persons (CEP) dan Dato’ Seri Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya SPRM dituduh sebagai dalang. 

Yang pasti tiga Timbalan Pesuruhjaya SPRM tidak mengakui memberi arahan melainkan ia mungkin dari KP SPRM atau Dato Bahri Pengarah Operasi Khas bagi kes berprofil tinggi.

Media turut berspekulasi tentang adanya dalang dari kalangan pegawai SPRM pro DAP sedang menyerang Daim Zainudin.

Mengapa SPRM tidak dapat menunggu urusan Daim di China sebelum melakukan serbuan memalukan syarikat China?


Sumber mendedahkan dua perkara dibenci DAP sekarang ialah;

Pertama, Malaysia Council of Eminent Persons yang dipengerusikan Daim Zainudin. Sangat berkuasa menasihati Tun Mahathir. Mahathir hanya mendengar apa saja nasihat Daim.

Kedua, Menteri Hal Ehwal Ekonomi. - Di bawah Azmin yang Berkuasa kepada semua jabatan dan GLC kerajaan yang dulu di bawah Kementerian Kewangan. Ia dilihat sebagai usaha mengurangkan kuasa Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Jadi tidak menghairankan jika DAP berusaha menghancurkan CEP bawah Daim.

Isu serbuan SPRM ke China telah meruntuhkan kredibiliti Daim dan CEP. Mengaitkan pegawai SPRM pro DAP sebagai usaha DAP untuk memalukan Daim tidak salah dan sangat berasas. Jika benar ia usaha DAP siapa pula pegawai SPRM jadi belaan DAP di SPRM itu? 

Adakah Shukri? Bahri? Simi? berapa juta mereka dibayar untuk bersama DAP?

Serbuan SPRM untuk malukan Daim?
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/22/serbuan-sprm-untuk-malukan-daim/

Laporan: Spekulasi dakwa serbuan SPRM untuk sabotaj lawatan Daim
https://m.malaysiakini.com/news/435395

The DAP sabotaged Daim’s China trip to protect Lim Guan Eng
https://www.thethirdforce.net/the-dap-sabotaged-daims-china-trip-to-protect-lim-guan-eng/

The DAP Sabotaged Daim’s China Trip To Protect Lim Guan Eng
http://www.malaysia-today.net/2018/07/23/the-dap-sabotaged-daims-china-trip-to-protect-lim-guan-eng/

 

1 Comment