(VIDEO) 150 rumah Likas terbakar 666 orang mangsa adalah warganegara
21:07 Jul 24, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) 150 rumah Likas terbakar 666 orang mangsa adalah warganegara

Tiada laporan kecederaan direkodkan setakat ini dan penghuni rumah terlibat ditempatkan di dewan Kampung Likas. Jumlah Mangsa: 672 Orang



KOTA KINABALU; Sekurang-kurangnya 150 buah rumah musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Dua, Likas, dekat sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.17 petang.

Enam jentera, dua ambulan EMRS, serta 45 anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Agustavia berkata operasi memadamkan api dimulakan pada jam 2.29 petang diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba I Khairul Azzuwan Ibrahim.

"Operasi tamat pada pukul 6 petang," katanya 

Tiada laporan kecederaan direkodkan setakat ini dan penghuni rumah terlibat ditempatkan di dewan Kampung Likas, katanya. 

LAPORAN AWAL Kebakaran Kg. Cenderamata 2, Pada 24 Julai 2018(14:00pm) seperti berikut;

BIL Ketua Keluarga: 123
Lelaki Dewasa:181
Perempuan Dewas:163
Kanak2 Lelaki: 111
Kanak2 Perempuan: 96
Warga Emas Lelaki: 6
Warga Emas Perempuan: 15
Bayi Lelaki: 14
Bayi Perempuan: 10
Jumlah Mangsa: 672 Orang

666 Orang mangsa warganegara

6 Orang Bukan Warga Negara.

Pusat Pemindahan Dibuka: 1. Dewan Masyarakat Likas

Pendaftaran mangsa setakat 19:20pm 24.07.2018
PKB Kota Kinabalu.





 

 

1 Comment