Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar
15:07 Jul 27, 2018  |  By SabahKini2
Penempatan transit setinggan Likas, penduduk Kg Darau bantah Ahli Parlimen Sepanggar

Penempatan Transit mangsa kebakaran Setinggan Kg Likas nampaknya dibantah keras penduduk Kg Darau. Mereka tidak percaya ia sebagai penempatan sementara. Mengapa Kg Darau?



Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar berjanji kepada mangsa kebakaran mereka diberi penempatan tetap.
Di mana? Di Kg Darau, kampung asli kaum Bajau.
Apakah mereka setuju?

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri, ahli parlimen dan adun di Sepanggar nampaknya tidak sehaluan dalam menentukan tapak tanah baharu bagi menempatkan semula mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung  Cenderamata Dua, Likas pada Selasa lalu untuk membina rumah secara sah.

Bagi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Azhar Matussin berkata kerajaan negeri tidak akan membenarkan kawasan yang terbakar itu dibina semula sebarang struktur untuk membina rumah kerana ia bukan penempatan yang sah.

"Untuk jangka panjang, kerajaan merancang untuk menyediakan kawasan tapak rumah yang membolehkan mereka (mangsa) membuat rumah secara sah tetapi buat sementara waktu mangsa di tempatkan di Dewan Serbaguna Likas dan sebahagian lagi ditempatkan di Dewan Kampung Cenderakasih di Metro Town."



Bagaimanapun bagi Dato’ Mohd Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar beliau dalam facebook rasminya telah mengumumkan tapak penempatan mangsa kebakaran itu di Kampung Darau berdekatan dengan kawasan Alamesra Sepanggar.

“Melawat tapak penempatan yang bakal dibina rumah untuk mangsa-mangsa kebakaran rumah di Likas tempoh hari. Semua kawasan tanah lapang yang terletak berhampiran Kampung Darau, bakal diusahakan untuk membina rumah disini kepada mangsa-mangsa kebakaran.”

Penempatan di Kg Darau itu nampak mendapat reaksi negatif dari warga Kampung Darau. Kampung tradisi bajau itu dikatakan disediakan untuk mereka kini terpaksa memberikan kepada penduduk setinggan yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Likas.

Seorang penduduk Kg Darau bernama Saugi Hj Rosman membantah keras cadangan itu.

“Kenapa tidak dibina semula semula tempat kebakaran tu dengan rumah baru di kawasan yang sama. Kawasan yang terbakar boleh itu dibuat rumah baharu lagi teratur mengapa perlu dihantar ke Kg Darau atau ada agenda rahsia. Saya sebagai penduduk Kg Darau berharap dapat dibuat perbincangan terlebih dahulu dengan orang-orang kampung Darau sebelum perkara ini di buat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

“Ramai lagi penduduk kampung Darau yang memerlukan kawasan unutk membina rumah dan sebagai tinggalan generasi akan datang. Masuk kampung orang kena bagi salam. Terima kasih”. katanya

Setakat ini lebih 500 komen dalam facebook dan 80 peratus mengecam cadangan oleh Azis Jamman itu

Menyedari dikecam netizen  Azis Jamman kemudiannya mengemaskinikan catatan facebooknya menukar perkataan penempatan kepada transit sementara DBKK bagi mangsa.

Bagaimanapun penduduk warga Kg Darau tetap tidak senang dengan istilah transit kerana penempatan sementara seperti Telipok, Kinarut di lain tempat terus kekal.

“Saya sebagai salah seorang penduduk Kampung Darau sangat tidak bersetuju dengan cadangan ini. Walaupun transit dan berhampiran.

“Transit ini lama-lama boleh jadi menetap terus tambahan perkara begini boleh memudaratkan penduduk Kg Darau juga kemudian hari. Kg Darau ni lama sudah wujud dan boleh dikatakan antara kampung tertua di Sabah & penduduk penduduk asal Kg Darau” kata Nana Galinin


Dikecam penduduk Kg Darau dan netizen , Azis Ahli Parlimen Sepanggar dikecam menyebabkan beliau meminda catatan facebooknya


 

35 Comments