(VIDEO) Waris Sultan Sulu 'Meroyan' mahu jumpa Shafie Apdal selesaikan isu Setinggan
05:08 Aug 01, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Waris Sultan Sulu 'Meroyan' mahu jumpa  Shafie Apdal selesaikan isu Setinggan

Dulu dia mahu menjadi wakil selesaikan antara Malaysia dengan Filipina kini dia meroyan lagi dengan isu Setinggan rumah terbakar.

 

KOTA KINABALU – Mendakwa dirinya sebagai Pengasas Gerakan NGO Malaysia, Datuk Datu Fadli Fathullah bersedia menjadi perantara antara kerajaan Malaysia dengan waris Kesultanan Sulu akhirnya 'meroyan' gila apabila usaha dan saranannya dipandang sepi oleh Kerajaan  dan rakyat Sabah.

Terbaru videonya yang tular dalam media massa menjadi bahan lawak jenaka oleh rakyat Malaysia. Beliau mencabar pihak yang mengutuknya tampil ke depan dan mempersoalkan usaha membantu kaumnya mangsa kebakaran di Likas.

"Orang Kg Darau sudah menolak, jadi apa cadangan kamu mengatasi masalah mangsa rumah terbakar di Kg Likas?, tiadakan? katanya sambil marah-marah pihak-pihak berkaitan.

"Saya akan jumpa Pegawai LPPB untuk dapatkan tanah bagi menyelesaikan kes itu. Saya akan jumpa Shafie Apdal"...

Sementara itu beliau berkata isu Filipina dan Sabah Malaysia perlu diselesaikan secara bersama.

“Rundingan masih tergantung, jadi untuk ini perlu ada orang tengah sebab kita tidak mahu ada pecah belah  Sabah, Filipina dan Malaysia, beliau waris yang betul,” katanya 

Pemeriksaan Sabahkini2 dalam sesawang Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa  gelaran Datuk Datu Fadli ini adalah palsu bermungkinan dari anugerah Sultan Sulu atau Palembang sahaja. 

Beristeri dua dan dikatakan menipu ramai orang.

 

135 Comments