Sejak sekian lama berkuasa sebagai Pengerusi LPU UMS digelar 'pelindung' skandal pegawai UMS maka pegawai kanan yang taat kepadanya pasti kekal. Namun hari ini beliau disingkirkan dari UMS.
Akhirnya lima pengerusi universiti awam ditamatkan perkhidmatan. Antara yang ditamatkan adalah Tun Zaki Azmi dari Universiti Malaysia Sabah, Shufri Mohd Zin dari Universiti Tun Hussein Onn, Kamaruddin Hussin dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Noorul Ainur Universiti Sains Malaysia, dan Anuar Ali Universiti Putra Malaysia.
Surat penamatan mereka dikeluarkan pada 23 Julai ditandatangani Menteri Pendidikan.
Mengulas lanjut, Maszlee berkata, mereka bukan menyingkirkan tetapi membuat perubahan.
“Bagi peluang muka baharu dengan semangat yang baharu dan juga semangat reformasi yang lebih baik.
Dua dari Pengerusi itu iaitu Tun Zaki digelar sebagai "Pelindung" pentadbir UMS dan juga Kamaruddin Taikun Perlis akhirnya ditamatkan. Sejak di zaman BN mereka ini gagal dibuang kerana mempunyai pengaruh masing-masing. Namun di zaman PH mereka terkorban.
Bagi UMS pastinya warga Pensyarah dan mahasiswa UMS sangat gembira kerana Tun Zaki diktator ini dibuang dari bumi Sabah. Pengerusi yang gemar mencampuri urusan pentadbiran UMS sejak dari zaman Prof Datuk Harun Abdullah ini sering memastikan semua pegawai UMS dari Naib Canselor hingga pegawai kanan UMS tunduk kepadanya. Tidak sesuai dengan dirinya akan dipindah dan dilucutkan jawatan.
Pegawai skandal pun boleh naik pangkat
Pengerusi ini juga mempunyai orang kanannya seperti Pendaftar UMS yang penuh skandal dengan isteri orang di UMS. Perkara ini pernah didedahkan oleh Sabahkini2 sebelum ini. Namun kekebalan Pendaftar itu kerana dilindungi oleh Pengerusi LPU maka beliau terus kekal walapun ada skandal memalukan. Berapa banyak laporan pun tetap kebal.
Naib Canselor Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin sejak dilantik sehingga kini tidak pernah berani mengambil tindakan kerana pendaftar dilindungi oleh Tun Zaki Pengerusi UMS.
Di bawah kerajaan baharu Warisan di Sabah nampaknya sudah ada usaha-usaha mereka mengampu Ketua Menteri Sabah baru dan ahli parlimen Sepanggar mungkin kerana mereka tahu kedudukan semakin goyang jika Pengerusi dibuang.