Lantik Pegawai bermasalah, SPRM Salah Guna Kuasa Beku Akaun dikait 1MDB
11:06 Jun 08, 2019  |  By SabahKini2
Lantik Pegawai bermasalah, SPRM Salah Guna Kuasa Beku Akaun dikait 1MDB

SPRM melantik pegawai bermasalah menguruskan AMLA atau membeku akaun yang dikait 1MDB. Gagal dalam banyak kes termasuk 'Ops Gergaji' membeku RM700 juta kini beliau dipanggil semula oleh Shukri untuk salahguna kuasa SPRM membeku akaun tanpa bukti kukuh.

Pada 2 Julai 2018, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengumumkan telah membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan dana RM1.1 bilion pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.

Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55 syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.

Pembekuan akaun dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). 

 Urusetia SPRM ialah Mohamad Zamri Zainul Abidin, AMLA

Kesilapan SPRM dan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Menyedari SPRM silap secara diam-diam SPRM melepaskan pembekuan akuan Najib. Bagaimanapun pada 18 Julai lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bank milik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd (SRC International)  dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu telah selesai dilaksanakan,” kata SPRM

Pembekuan akaun Najib serta beberapa akaun lain adalah satu kesilapan besar dan tergesa-gesa tanpa menyiasat secara teliti. Ia dilakukan dengan rasa balas dendam oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato’ Seri Shukri Abdull yang juga salah seorang ahli Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad.

Hari pertama Dato’ Seri Shukri Abdull melaporkan diri ke SPRM esoknya pada 22 Mei Shukri mengadakan sidang media sambil menangis-nangis menyerang Dato’ Sri Najib. Sikap prejudisnya jelas ditunjukkan terhadap Dato’Sri Najib.

Belum pun mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 3 julai bersama Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad jelas mereka melakukan kesilapan apabila mengumumkan tangkapan terhadap Najib. KP SPRM itu sendiri menjalankan tugasnya tanpa angkat sumpah. Majlis Peguam sendiri menyelar Shukri dan Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad. Bagaimanapun 4 julai Shukri membetulkan kenyataan media kononnya tertinggal perkataan ‘SPRM’.

Pembekuan akaun Najib oleh SPRM dengan mengadakan publisiti besar-besaran kepada media hanyalah dengan satu tujuan iaitu mahu memalukan Najib.

Oleh itu apabila SPRM kantoi maka mereka membuat pelepasan secara diam-diam tanpa memaklumkan kepada media.

Mengapa SPRM membuat pelepasan?

Dato’ Seri Shukri KP SPRM telah memanggil semula pegawai SPRM yang bermasalah menguruskan urusan AMLA di SPRM. Urusan pembekuan akaun hampir 500 akaun termasuk akaun Najib ini dilakukan oleh KPKPj Mohamad Zamri Zainul Abidin, bekas Pegawai Integriti TM yang dipanggil semula ke Putrajaya.

Tugas urusan AMLA bagi membeku 500 akaun termasuk akaun Najib diserahkan kepada Mohamad Zamri Zainul Abidin. Beliau seorang pegawai yang tidak teliti, bermasalah tergesa-gesa dan hanya menjadi balaci kepada kepada Shukri sejak Shukri Timbalan KP SPRM (Operasi) lagi.

Siapakah Mohamad Zamri Zainul Abidin? Mengapa beliau begitu dipercayai Shukri Abdull?

Beliau adalah pegawai penyiasat SPRM dalam kes rasuah Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg Mirza Hadi Hassan Beg yang dibebaskan 24 Julai 2009 di Mahkamah Sesyen.


Hakim Zainal Abidin Kamarudin ketika itu membebaskan Mirza kerana kegagalan pihak pendakwa memanggil pengadu kes tersebut yang juga pegawai penyiasat iaitu Mohd. Zamri Zainul Abidin telah ‘membunuh’ kes pendakwaan. Sangat memalukan SPRM kalah kes itu. 

Kes lain aduan beliau memukul pengarah syarikat ketika siasatan kes SPRM. Tapi dulu SPRM berkuasa mereka mencipta bukti malah media tidak sehebat sekarang. Hari ini media sosial sangat terbuka. Itulah perangai Pegawai penyiasat jenis mamak Zamri Zainul Abidin kesayangan Dato' Seri Shukri Abdullah ini. 

Kes SPRM sita 1,785 balak, beku 519 akaun bernilai RM700 juta

Apakah rakyat Malaysia tahu kes SPRM yang gagal pada Mei 2015 diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika itu adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

 

Sebanyak 1,785 batang kayu balak bernilai RM1 juta disita dan 519 akaun syarikat dan individu bernilai hampir RM700 juta dibekukan sejak operasi bersepadu 'Ops Gergaji' dilancarkan 12 Mei 2015 di Sarawak itu. Apa kesudahan kes itu? SPRM melakukan kesilapan dalam membekukan akaun secara sewenang-wenangnya tanpa siasatan terperinci. Siapakah pegawai yang bertanggungjawab bagi urusan AMLA dan pembekuan akaun itu kalau bukan Mohd. Zamri Zainul Abidin. Sehingga sekarang kes ini ditutup dan pemilik akaun menjadi mangsa. Tiada satupun dari mereka didakwa sehinggalah Shukri kembali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pembangkang ketika itu menyerang SPRM habis-habisan. SPRM dituduh menyalahgunakuasa kuasanya dengan membekukan akaun-akaun bank dalam Ops Gergaji di Sarawak dan Operasi Bersepadu (Ops BS) (Sabah) memaksa Shukri Abdullah menjawab sebagai proses siasatan SPRM  di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. 

Siasatan dan pembekuan akaun yang dikaitkan 1MDB

Alasan inilah yang digunakan oleh SPRM membekukan 408 akaun bank milik individu termasuk bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib, keluarganya parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya terlibat dengan siasatan 1MDB. Hakikatnya SPRM masih samar dalam membuat jejak atau 'money trail' terhadap akaun yang dibekukan itu. Pegawai yang menyelaraskan itu ialah tidak bukan Mohd. Zamri Zainul Abidin pegawai SPRM yang bermasalah itu.

Menyedari SPRM silap dalam tindakannya dan bimbang diambil tindakan secara undang-undang maka secara diam-diam SPRM melepaskan pembekuan akaun Najib dan ahli keluarganya. Mengapa SPRM membuat pembekuan tanpa siasatan terperinci? atau secara try and error. Sepatutnya SPRM membekukan akaun yang benar-benar dikesan terlibat kes rasuah atau AMLA. SPRM harus membuktikan secara terperinci akaun-akaun NGO atau individu yang mungkin telah bertahun-tahun menerima bantuan kewangan dari Presiden Parti atau Perdana Menteri benar-benar terlibat dengan skandal 1MDB. Tetapi SPRM tidak mempunyai bukti untuk itu sehingga memaksa Dato' Seri Shukri merayu dalam media memohon pihak yang menerima dana 1MDB tampil ke depan. Tidakkah itu mencerminkan kebodohan KP SPRM itu?

SPRM bermain dengan media dan persepsi untuk menunjukkan mereka bekerja tetapi semua itu hanya dilakukan demi melangsaikan dendam Shukri KP SPRM itu kepada Dato' Sri Najib dan pihak-pihak tertentu. Mereka menggunakan persepsi rakyat tanpa perlu didakwa atau dibuktikan bersalah di mahkamah.

Pembekuan Akaun bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) selama 90 hari.

Dalam satu kes di Mahkamah Rayuan baru-baru ini melibatkan seorang ahli perniagaan, Lim Hui Jin menetapkan agensi penguatkuasaan undang-undang hanya boleh membekukan akaun suspek yang disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) selama 90 hari.

Mahkamah berkata walaupun kerajaan boleh memohon harta-harta suspek disita melalui Jabatan Peguam Negara (AGC), seorang suspek mesti didakwa dalam tempoh masa setahun. Panel hakim 3 anggota diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid juga menetapkan tempoh sitaan 1 tahun berjalan dari tarikh perintah pembekuan dikeluarkan dalam hal perintah-perintah pembekuan sebelum ini.

Keputusan ini jelas memberi kesan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan AGC untuk mendakwa orang-orang yang akaun banknya dibekukan dalam siasatan 1MDB. SPRM sebagai penyiasat dan pendakwaraya mesti menyiapkan tugas mereka dalam tempoh 1 tahun, dan sekiranya gagal harta-harta yang dibeku dan disita mesti dipulangkan.

Keputusan itu dibuat ketika membenarkan rayuan oleh seorang ahli perniagaan, Lim Hui Jin, yang mana akaun banknya di CIMB Bank Berhad dibekukan untuk satu tempoh yang lama walaupun tiada tuduhan dikenakan terhadapnya. Adalah jelas menahan harta seseorang melepasi tempoh yang dibenarkan undang-undang menyalahi Perkara 13(1) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya.

Dalam kes 1MDB, SPRM melakukan kesilapan serta terburu-buru membekukan 408 akaun bank milik individu , NGO dan ahli politik bahawa pembekuan bawah AMLA hanyalah 90 hari dan jika SPRM gagal membuat pertuduhan kes dalam tempoh setahun semua aset atau barang yang disita perlu dipulangkan.

Percayalah SPRM memiliki seorang pegawai yang menjaga urusan AMLA paling bodoh kembali dari Telekom Malaysia Berhad iaitu Mohd. Zamri Zainul Abidin orang kanan kesayangan Shukri Abdull. Projek Telekom beri kepada Ocpom Holdings Berhad milik Mokhzani dan Mukhriz anak Dr Mahathir pun beliau gagal nasihatkan.

SPRM akan hanyut dengan dendamnya dengan menjadi belaan pihak-pihak pemerintah. Tiada lagi ketelusan dan integriti dalam SPRM. Yang ada hanya dendam dan kepentingan peribadi. Beku akaun sesuka hati dan menggunakan media memburukkan orang yang belum dibuktikan bersalah itulah kerja SPRM di zaman Shukri Abdull sekarang. 

 

4 Comments