Tony Air Asia bayar jutaan ringgit kepada Shafie kembali ke Terminal 2?
05:08 Aug 04, 2018  |  By SabahKini2
Tony Air Asia bayar jutaan ringgit kepada Shafie kembali ke Terminal 2?

Tony Fernandes amat yakin Air Asia akan kembali Terminal 2 selepas disingkir tahun 2015. MAHB menyangkal alasan Tony bakal meningkatkan pelancong jika Terminal 2 beroperasi semula untuk Air Asia. Benarkah Shafie Apdal dibayar jutaan ringgit oleh Air Asia?

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata penelitian akan dibuat dengan mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri Sabah sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Terminal 2 kini sedang beroperasi tapi hanya untuk perkhidmatan penerbangan am atau private jet sahaja. Sebarang perancangan untuk kembali ke Terminal 2 akan dibincangkan dan perlu diteliti secara teknikal,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat.


Anthony Loke Menteri DAP, Lim Guan Eng dan Tony Fernandes sudah bersedia. Shafie luluskan Air Asia projek Terminal 2 akan beroperasi lebih awal

Beliau menjawab soalan Ahmad Hassan (PH-Papar) mengenai cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)
 
Sementara itu AirAsia Group Bhd begitu yakin kerajaan akan menimbang cadangannya untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata sekiranya syarikat penerbangan tambang rendah itu dibenarkan berpindah kembali ke Terminal 2 daripada Terminal 1 sekarang, operasi di Terminal 2 akan bermula dalam tempoh enam bulan akan datang atau kemungkinan lebih cepat dalam tempoh tiga bulan.

"Terminal 2 sangat penting dalam pembangunan pelancongan Sabah. Kami tidak dapat banyak berkembang sejak Terminal 2 ditutup. Jadi kami mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pengangkutan, dan hari ini kami bertemu dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) untuk berbincang mengenai pembukaan semula Terminal 2.


"Kami percaya dengan Terminal 2, kami boleh meneruskan pertumbuhan yang kami catatkan sebelum ini, kira-kira 26 peratus (gabungan tahunan). Kami fikir kami boleh, dalam tempoh jangka pendek, membawa masuk lima juta pelancong ke Sabah.

"Perbezaan besarnya adalah sekarang AirAsia X menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Sabah...dan kami mahu memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu (KK)-India, KK ke bahagian utara Asia (seperti) China, Jepun, dan Korea, dan juga ke Australia (terutamanya) Melbourne, Sydney dan Perth," katanya kepada pemberita di KKIA.
Terdahulu hari ini, Fernandes mengunjungi Mohd Shafie di pejabat Ketua Menteri.

Fernandes berkata Mohd Shafie "nampaknya kelihatan seperti menerima (cadangan) itu".

Selain membincangkan cadangan AirAsia untuk kembali ke Terminal 2, perkara lain yang turut dibincangkan dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Negeri, ialah mengenai penerbangan terus dari pelbagai destinasi ke Sandakan dan Tawau.

AirAsia menamatkan operasinya di Terminal 2 berkuat kuasa 1 Dis, 2015, mengakhiri operasi syarikat penerbangan itu di terminal tersebut sejak 12 tahun lalu. Perpindahan ke Terminal 1 adalah atas arahan yang dibuat oleh menteri pengangkutan pada masa itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana kerajaan BN telah membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)ratusan juta untuk lapangan terbang mempunyai kemudahan lengkap berbanding di Terminal 2.

Menurut Fernandes, AirAsia merancang memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk membuka semula operasi di Terminal 2 bagi mencapai sasaran lima juta penumpang setahun serta mewujudkan kira-kira 30,000 pekerjaan bagi orang tempatan.

"Jadi kami berharap cadangan kami akan diterima," katanya, sambil menambah beliau juga memaklumkan kepada Mohd Shafie tentang bagaimana syarikat penerbangan itu boleh memainkan peranan membantu Sabah dalam pembangunan modal serta bidang sains data dan kejuruteraan data.

Fernandes yang memuji kemajuan pembangunan Sabah juga berkata negeri ini memiliki potensi amat besar untuk menjadi hab utama penerbangan antara Australia dan Asia Utara, sama seperti Dubai di mana orang boleh singgah di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah.

Perundingan  Tan Sri Tony Fernandes dengan kerajaan negeri Sabah bukan baru sebelum ini pun usaha beliau untuk terus menggunakan Terminal 2 sudah pernah dilakukan namun Tan Sri Musa Aman tidak tunduk kepada syarikat terbesar tambang murah itu walaupun pelbagai janji manis ditabur atas alasan meningkatkan pelancongan di Sabah.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sangkal Air Asia

Sementara itu dalam satu kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memang memperuntukkan RM17 juta untuk menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

Peruntukan itu bertujuan membantu aktiviti pemasaran destinasi yang dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah dan syarikat penerbangan untuk mempromosikan lagi laluan baharu, termasuk Wuhan, Guangzhou, Hangzhou, Shenzen, Taipei dan Singapura, menurut pengendali lapangan terbang itu.

 

MAHB membuktikan penumpang Sabah memang sentiasa meningkat tanpa adanya Terminal 2 sebagaimana alasan Air Asia itu.  Pada separuh pertama 2018, KKIA mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang pada tujuh peratus berbanding tempoh yang sama 2017.

"Pertumbuhan yang memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh peningkatan pergerakan trafik penumpang antarabangsa, sekali gus menunjukkan Sabah merekodkan jumlah pelancong yang tinggi sejak beberapa tahun ini," menurut MAHB.

Pergerakan trafik penumpang antarabangsa meningkat daripada 1.6 juta pada 2014 dan 2015 kepada 2.1 juta pada 2016, iaitu kenaikan 27 peratus.

Tahun lepas, angka itu meningkat 22 peratus kepada 2.5 juta.

Oleh jelas MAHB berkata langkah untuk menggabungkan semua operasi lapangan terbang dan penerbangan di bawah satu bumbung di Terminal 1 (T1) KKIA telah memberi manfaat yang amat besar kepada pelancongan negara, khususnya bagi Sabah.

Selain kemudahan yang lebih baik, T1 juga memiliki kelebihan dari segi kesalinghubungan lebih luas dan menawarkan peluang pertumbuhan lebih tinggi untuk syarikat penerbangan.

"Enam syarikat penerbangan antarabangsa baharu telah mula beroperasi di KKIA dengan membawa pelancong dari Korea Selatan, China, Taiwan dan Jepun," menurut MAHB, dan menambah, setakat ini 25 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang itu

Jadi apa relevannya Terminal 2 jika dibuka kembali untuk Air Asia?


Shafie Apdal dan Tony Fernandes : Kawtim

Air Asia bakal bayar jutaan ringgit kepada Shafie Apdal?

Sumber rapat Shafie Apdal berkata kelulusan penggunaan terminal 2 kepada Air Asia sudah mendapat sokongan oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Berapa yang bakal dibayar oleh Tony Fernandes tidak diketahui namun sebagaimana dulu Syarikat Tesco dan Giant beroperasi di Malaysia (Ketika Menteri KPDNKK), Shafie pasti bakal meletakkan orangnya melindungi kepentingannya dalam Air Asia.

2 Comments