Jabatan Air Negeri Sabah sinonim dengan skandal rasuah ratusan jutaan.Dikala bekas pegawai dituduh di mahkamah kini Jurutera loji air kes SPRM pula dilantik sebagai Pengarah JANS.Misinya Empangan Papar RM2B.
Berita mengenai Projek Empangan
Kontroversi dan perdebatan hangat tentang cadangan membina Empangan di papar yang dianggar bernilai RM2.8 bilion bukan perkara baru. Sejak 10 tahun lalu projek Empangan Kaiduan ini ditentang kuat penduduk kampung.
Kontroversi ini bermula sejak Februari 2008, setelah kerajaan negeri memberi lampu hijau bagi kajian kesesuaian dijalankan dan cadangan teknikal dibuat bagi empangan di daerah Papar itu.
Projek berkenaan turut mencadangkan pembinaan loji rawatan air di daerah Penampang Sabah. Kerajaan Sabah ketika itu bertegas bahawa ianya mustahak. Ini bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi kegunaan ibu negeri dan kawasan sekitarnya sehingga 2050. Setelah siap kelak, ia dijangka menyumbang tambahan 1,200 juta liter sehari bagi Bandaraya Kota Kinabalu.
Sekiranya dijalankan, kawasan berkeluasan 12 kilometer persegi sepanjang Sg Papar, beserta 11 perkampungan dan sebahagian Banjaran Crocker akan tenggelam. Komuniti tempatan risau dan jelas membantah pembinaannya.
Antara perkampungan terlibat ialah Buayan, Terian, Babagon Laut, Timpayasa, Tiku, Longkogungan, Pongonobon, Kionop, Kg Bisuang, Kg Kaiduan dan Kg Maang.
Parti Warisan dan PH jadikan alasan hentam Barisan Nasional
Dulu Adun Moyog Terence Siambun dan Adun Inanam Kenny Chua menjadikan modal kempen mereka. Begitu juga Datuk Peter Anthony.
Namun hari ini Kerajaan Warisan mengesahkan bahawa projek empangan di Papar itu tetap dilaksanakan. Ia susulan kenyataan dan lawatan Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah ke Kg Bisuang Papar.
Malah Shafie Apdal memberi alasan Empangan Papar itu bukan di Kaiduan di tetapi di tempat baru iaitu Kg Bisuang Papar (sungai di laluan sama).
Jika dulu Tan Sri Pairin Kitingan bersungguh-sungguh menjelaskan kebaikan projek ini namun Warisan kata projek ini buruk tapi kini kata Shafie memuji projek ini, katanya Sabah memerlukan sebuah empangan baharu sebagai langkah proaktif menangani masalah kekurangan bekalan air yang dijangka mencapai tahap kritikal dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Ratusan ribu penduduk di beberapa daerah di Pantai Barat Sabah termasuk Kota Kinabalu; Papar; Penampang; Inanam dan Tuaran tidak berhadapan dengan krisis air malah mendapat bekalan secukupnya.
“Kami perlu bina empangan baharu kerana kami percaya bekalan air di Kota Kinabalu (dan kawasan sekitarnya) tidak mencukupi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Jadi, saya fikir amat penting untuk menanganinya pada ketika ini.” kata Shafie
Dulu begitu banyak NGO membantah iaitu Gabungan menentang Empangan Kaidun (CAKD), Pertubuhan Rakan Komuniti (Pacos), Sabah Bersatu bagi Berkuasa Semula di Masa Depan (Green SURF) dan Jaringan Orang Asal Sabah (JOAS). Malah Sarawak Report portal suci PH pernah melaporkannya.
Olivier De Schutter, Pelapor Khas Hak bagi Makanan, United Nations turut melawat Kg Terian pada 14 Disember 2013 bertemu sendiri dengan penduduk yang terlibat. Beliau menyuarakan rasa kebimbangan orang asal tentang projek itu.
Kebimbangan komuniti tempatan
Diana Sipail, jurucakap bagi Jawatankuasa Bertindak Menentang Pembinaan Empangan Kaiduan (Task Force Against Kaiduan Dam) Takad, dipetik berkata “walaupun nama projek tersebut telah ditukar kepada nama lain iaitu pembinaan empangan Papar, namun projek tersebut tetap sama memandangkan laluan sungai turut melibatkan sungai yang sama ke Moyog Penampang.
“Peter turut menyatakan sebelum ini bahawa hanya 200 penduduk yang akan terjejas dengan projek tersebut dan tidak mempunyai masalah untuk memindahkan mereka sebaliknya Diana menafikan angka tersebut dengan menyatakan 2000 orang akan terjejas apabila projek empangan tersebut dibina”
Pembohongan Warisan
Sementara itu Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun yang juga Ketua PBS Pantai Manis berkata nampaknya Warisan U-Turn dari menunaikan janji mereka.
"Mereka berkempen di daerah Penampang dan Papar dan berjanji untuk menghentikan projek itu jika Warisan berkuasa selepas GE14.
"Sekarang, hanya beberapa bulan berkuasa, mereka sudah U-turn" katanya
Menurut Mositun pada dasarnya projek empangan yang bakal dibina adalah apa yang dicadangkan oleh kerajaan negeri sebelumnya walaupun dengan nama yang berbeza selain mengubah lokasi di Kg Bisuang.
"Projek itu masih akan berada di sungai yang sama dan untuk menjadikannya lebih teruk lagi, empangan baru yang dicadangkan itu akan dibina berhampiran kawasan yang ramai penduduk kerana berdekatan Kinarut," katanya
"Ini adalah kawasan pertumbuhan semulajadi dengan peningkatan jumlah penduduk dan permintaan terhadap tanah sebagai lokasi penempatan kian meningkat. Ianya sama sekali tidak sesuai. Adalah tidak masuk akal untuk membina empangan di sini berbanding dengan Kampung Kaiduan, yang lebih jauh dan terpencil."
Projek lama dijadikan projek baru untuk kroni?
Beliau turut bersetuju dengan Diana Sipail dari Task Force Against Kaiduan Dam (TAKAD), yang turut membantah cadangan projek empangan yang terbaru.
Jurucakap TAKAD menegaskan bahawa terdapat perbezaan dalam saiz kawasan tadahan yang dianggarkan antara Empangan Kaiduan dan Bisuang, selain perbezaan jumlah kos.
Beliau juga telah membantah dakwaan bahawa lebih sedikit penduduk yang terpaksa dipindahkan.
Mositun menyatakan keraguan tentang sama ada wujud atau tidak sebarang kajian yang sepatutnya dibuat mengenai cadangan baru itu.
"Ia kelihatan mencurigakan seakan-akan projek baru ini hanya mengguna pakai kertas cadangan projek Kaiduan yang asal sahaja, dengan membuat beberapa perubahan atau pindaan kecil untuk menjadikannya kelihatan seperti kertas cadangan baru.
"Sepatutnya dalam kes seperti ini, satu kajian berasingan yang baru akan diperlukan, termasuk laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA). Dan itu sepatutnya mengambil masa yang lebih daripada dua bulan."
"Sehingga butir-butir lengkap berkenaannya disediakan sebagai capaian umum, PBS hanya akan menganggap bahawasanya cadangan baru ini adalah merupakan suatu cubaan oleh orang-orang tertentu yang ingin memperdaya dan mengaburi mata orang ramai dengan tujuan untuk mendapatkan wang dengan mewajarkan projek mega 'baru' yang pada hakikatnya tidak lebih daripada sekadar satu olahan semula cadangan asal projek Empangan Kaiduan yang mana sebelum ini bermati-matian mereka bantah semata-mata demi kepentingan politik peribadi mereka masing-masing," katanya
3 Sahabat 3 rangkaian: Pelantikan Amarjit Singh yang pernah direman SPRM sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah
Sangat mengejutkan selain Datuk Peter Anthony yang juga pernah disiasat serta direman SPRM kes penyelewengan KKLW RM1.5 bilion sebagai Menteri Infrastruktur Sabah pelantikan Amarjit Singh Setiausaha Bahagian Warisan Putata sudah tentu memberi gambaran Jabatan Air Negeri sedang menuju zaman lebih gelap.
Dilantik sebagai Pengarah secara kontrak dengan Gred 54 menunjukkan Amarjit bekas konsultan projek Loji Rawatan Air Sg Intan Semporna itu sedang melaksanakan misi baru Shafie, Peter dan Warisan untuk projek empangan Kg Bisuang Papar.
Shafie hanya menukar kertas cadangan di tempat baru untuk mengorek wang RM2 bilion bagi projek empangan itu. Sumber rapat Shafie mendedahkan amat pasti Shafie akan melantik kontraktor baru proksi mereka melaksanakan projek itu nanti.
Oleh itu melantik Amarjit Singh langkah paling tepat. Ia satu rombakan baru bagi projek berbilion ringgit itu. Berapa ratus jutakah pula komisen Shafie Apdal, Peter dan Amarjit Singh itu nanti? Sama-sama kita lihat.
Rakyat Papar akan bangkit lawan
Jika sejak 10 tahun lalu warga kampung bangkit pertahankan kampung dan tanah adat hingga Kaiduan terpaksa ditangguhkan. Apakah kini Empangan Papar di Kg Bisuang yang lebih ramai penduduk akan berdiam diri? Ini projek baru untuk kroni bernilai lebih RM2 Bilion. Syarikat baru mana dilantik oleh Shafie Apdal sama-sama kita lihat gelombang rakyat Papar mempertahankan tanah mereka.