Kes UMS: Mangsa bukan sahaja dirogol tetapi juga diliwat
20:08 Aug 14, 2018  |  By SabahKini2
Kes UMS: Mangsa bukan sahaja dirogol tetapi juga diliwat

Yang menjadi persoalan netizen dan keluarga mangsa ialah bagaimana kes rogol boleh menjadi kes percubaan rogol. Pertuduhan Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan adalah berbeza dengan Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan

Tertuduh Arshad Masdin

Mengapa pengurusan UMS tidak bertemu keluarga mangsa?

Susulan berita yang disiarkan portal Sabahkini2 mengenai kes rogol di UMS, pihak UMS melalui Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS telah mengemukakan maklum balas.

Yang menjadi persoalan netizen dan keluarga mangsa ialah bagaimana kes rogol boleh menjadi kes percubaan rogol. Pertuduhan Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan adalah berbeza dengan Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan

Sumber-sumber dalam UMS mendedahkan pelajar Asasi Sains itu bukan sahaja dirogol ketika datang haid tetapi turut diliwat.

Kekejaman perogol meliwat mangsa adalah satu persoalan yang dipertikaikan keluarga mangsa. Tidak mungkin ia satu cubaan merogol.

Mangsa ditemui oleh sahabat mangsa beberapa jam dengan mulut bersumbat stokin, air mani perogol penuh di muka dan penuh kesan lebam. Bagaimana jika mangsa tidak ditemui? mungkin mangsa telah meninggal dunia.

Paling menyedihkan keluarga mangsa ialah Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor HEPA atau pengurusan UMS tidak mahu bertemu dengan keluarga mangsa. Semua urusan dilakukan pegawai HEP biasa. Kenapa? Ada agenda yang tersembunyikah?

Sepatutnya insiden jenayah trauma seperti ini pihak pengurusan UMS perlu terus berhadapan dengan keluarga. Beri bantuan sewajarnya termasuk khidmat perundangan yang lebih tepat.

Pihak pengurusan UMS juga perlu mengambil tindakan tegas kepada pegawai unit keselamatan UMS termasuk kepada ketua unitnya jika ada perlakuan jenayah yang disembunyikan dari pengetahuan luar sehingga hanya membawa kepada pertuduhan cubaan merogol. Perlu diingat ini bukan kali pertama bahagian keselamatan UMS terlibat dalam kontroversi, jenayah dan lalai dalam tugas.

Bersama-sama ini dipaparkan jawapan dari pihak UMS berhubung kes rogol di UMS.

__________

UMS Tidak Berkompromi Dengan Sebarang Salah Laku Jenayah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak berkompromi dengan kakitangan atau pelajar universiti yang didapati melakukan sebarang salah laku yang melanggar undang-undang terutamanya salah laku yang berunsur jenayah.

Berhubung kes yang membabitkan kakitangan di Bahagian Keselamatan, Pengurusan UMS melihat ia sebagai satu kes jenayah terkutuk dan mengambil tindakan pantas melaporkannya kepada pihak polis tanpa sebarang niat untuk melindungi suspek.

Sejak laporan itu dibuat, Pengurusan UMS memberi kerjasama dan menyerahkan kes itu sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan dan dakwaan sewajarnya.

Sebagai menghormati proses perundangan, Pengurusan UMS memberikan nasihat agar perkara ini tidak disensasikan kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan dan perbicaraan.

Pada masa yang sama, Pengurusan UMS telah mengarahkan tertuduh meletakkan jawatan serta merta sementara menunggu tindakan dan pendakwaan oleh pihak Polis.

Bagi memastikan kebajikan mangsa, Pengurusan UMS melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarganya terutama dalam usaha mereka untuk menyokong dan memulihkan kembali kesan trauma emosi dan psikologi mangsa.

Pengurusan UMS juga telah memberikan bantuan dalam aspek akademik bagi memastikan pelajar tersebut boleh meneruskan pengajiannya.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, UMS berasa sangat kesal dan turut berdukacita terhadap peristiwa tidak diingini yang telah menimpa mangsa.

Pengurusan UMS akan memastikan sebarang perlakuan jenayah dalam kalangan warganya tidak terlepas daripada tindakan undang-undang dan akan diadili sewajarnya.

Sekian.

Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Sabah

94 Comments