Tangau juga bertuankan 'Malaya' PKR, DAP dan Warisan Pro Mahathir
06:08 Aug 17, 2018  |  By SabahKini2
Tangau juga bertuankan 'Malaya' PKR, DAP dan Warisan Pro Mahathir

Mengutuk BN tapi PKR dan DAP juga parti Malaya (Semenanjung) dan warisan pula bertuankan Dr Mahathir yang Tangau dan UPKO sering mengecamnya sebelum ini.

Pemangku President UPKO, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah (adun dilantik), Wilfred Madius Tangau salah bila membuat pengakuan bahawa tiada pengaruh Semenanjung (Malaya) di dalam Kerajaan Negeri Sabah.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri Sabah juga dianggotai dari gabungan Parti Warisan sabah, UPKO serta dua parti yang berasal dari semenanjung iaitu PKR dan DAP.

Adakah PKR dan DAP bukan parti Malaya (Semenanjung) yang mengamalkan budaya politik Malaya jadi sudah jelas di sini bahawa UPKO mengamalkan sikap double Standard katanya

Tangau juga harus sedar bahawa rakyat Sabah tidaklah bodoh. Kami faham mengapa dia melakukannya,"

Hajiji yang juga Adun Sulaman berkata, Rakyat Sabah tahu bahawa parti Warisan tidak mempunyai kerusi yang mencukupi di dalam PRU ke 14 yang lalu untuk menubuhkan Kerajaan.

Ianya hanya berjaya apabila gabungan dari PKR, DAP dan juga UPKO yang datang memberikan sokongan kemudian.

Jadi Kerajaan Sabah hari ini sebenarnya tidak bebas dari dari pengaruh politik dari Semenanjung kerana terdapat banyak pemimpin PKR dan DAP yang kini memegang jawatan kerajaan sebagai menteri dan pembantu Menteri ujarnya.

Hajiji berkata demikian apabila mengulas mengenai ucapan tangau bahawa dia ( Tangau) dan UPKO melarikan diri  dari BN kerana mahu menghalau Malaya dari Sabah. 

Baru-baru ini dalam sidang dun Sabah Hajiji mengingatkan keceluparan Madius bahawa dia  hanya menang di Dun Sulaman kawasan UMNO. Amat jelas kaum KDMR pun menolak Tangau dan UPKO.

Sebelum PRU 14 Tangau adalah individu yang paling suka mengecam Dr Mahathir sebagai 'bapa projek IC' yang melakukan kerosakan kekal kepada negara. Kini apa jadi kepada Tangau. Dia digelar penjilat ludah sendiri.

7 Comments