Rakyat miskin tidak layak minum 'Coke' jadi PH akan kenakan cukai - Pegawai Menteri Kewangan
07:08 Aug 17, 2018  |  By SabahKini2
Rakyat miskin tidak layak minum 'Coke' jadi PH akan kenakan cukai - Pegawai Menteri Kewangan

Kerajaan PH hilang RM21 bilion bila hapuskan GST. Jadi PH kena buat cukai baru seperti Cukai Soda. Rakyat miskin tak perlu minum Coca Cola. Cadangan Tony Phua dari Kementerian Kewangan

Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baru, termasuk cukai soda, kata Anggota Parlimen Damansara Tony Pua.

Beliau yang juga pegawai khas Lim Guan Eng menteri kewangan itu berkata, langkah itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40).

"Misalnya, saya boleh sebut, kita nak laksanakan cukai soda, macam cukai (atas) Coca-Cola, ia ada dua komponen.

"Pertama ia dapat beri sedikit hasil kepada kerajaan. Ia (juga) tidak membebankan golongan B40 sebab (mereka) tak perlu minum Coca-Cola.

"Pada masa sama, kita boleh menggalakkan kehidupan yang lebih sihat," katanya seperti dipetik Buletin Utama TV3.

Beliau berkata lagi, kerajaan sedang mengkaji beberapa cadangan cukai baru untuk memastikan cukai yang paling sesuai untuk dilaksanakan.

Menurut laporan itu, kerajaan sedang meneroka kemungkinan cukai baru untuk menebus kekurangan RM19.4b dalam bayaran balik GST.

"Kesemuanya sedang diteliti dan disemak supaya kita dapat laksanakan cadangan yang paling baik untuk rakyat," katanya seperti dipetik.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa pentadbiran bayaran balik GST dan tidak mengembalikannya kepada perniagaan dalam tempoh masa 14 hari, seperti yang ditetapkan. 

Bagaimanapun Kerajaan BN terlalu berkata wang GST yang dimasukkan dalam akaun Kumpulan wang disatukan tidak pernah hilang hanya kerajaan PH selepas 10 Mei sehingga hujung sekarang tidak mahu meluluskan baki pembayaran RM19.4b itu dalam Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan. Kerajaan BN sebelum ini sudah membayar 70 peratus iaitu RM63.9 bilion tuntutan GST

Dengan pemansuhan GST, kerajaan kehilangan hasil RM21 bilion dalam bentuk pulangan cukai jadi Kerajaan PH akan membuat cukai baru.

 

 

2 Comments