Dari Singapura, Musa Aman kini di hospital swasta di Subang
20:08 Aug 21, 2018  |  By SabahKini2
Dari Singapura, Musa Aman kini di hospital swasta di Subang

Musa kini di Malaysia

KUALA LUMPUR:  Tan Sri Musa Aman disahkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.

Musa tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya petang tadi dengan menaiki pesawat Bombardier Learjet 45 dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura sebelum mendaftar masuk ke hospital itu sekitar jam 6.45 petang tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali perkara itu.

"Saya sahkan Musa sudah berada di Malaysia dan beliau ditemani oleh beberapa individu dipercayai ahli keluarga beliau," kata Mustafar

Sementara itu Awang Faisal, Pegawai Perhubungan Media Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengesahkan Tan Sri telah selamat tiba di Malaysia bagi menyelesaikan pelbagai isu dan perkara yang tertunda walaupun masih berhadapan masalah kesihatan.

Beliau Musa telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan akan terus berbuat demikian walaupun ianya bertentangan dengan nasiihat doktor kerana masih terdapat masalah kesihatan, demi memenuhi kewajiban beliau sebagai pemimpin dan wakil rakyat.

 

 

3 Comments