Kerana rasuah Kulasegaran perlu pecat Tan Sri Dr. Aseh Pengerusi PERKESO
02:08 Aug 22, 2018  |  By SabahKini2
Kerana rasuah Kulasegaran perlu pecat Tan Sri Dr. Aseh  Pengerusi PERKESO

Disaat kerajaan mengeluarkan arahan memecat atau menamatkan khidmat pegawai, pengerusi dan ahli lembaga pengarah seperti Tan Sri Aseh Che Mat masih selesa ditampuk kuasa sebagai Pengerusi PERKESO. Bila Menteri nak pecat? Apatah lagi kalau 'kaki paw'

 

Depan Menteri: Menteri tak mungkin tak kenal siapa Aseh Che Mat

1. Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh dilantik sebagai Pengerusi PERKESO pada 2018. Beliau merupakan bekas KSU KDN, Pengarah Imigresen dan Presiden Perbadanan Putrajaya sebelum dilantik ke PERKESO.

2. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Pos Malaysia dan Universiti Lim Kok Wing.

3. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) dengan beberapa orang rakan beliau tentang perkara tersebut di Melaka dan mendapat restu YAB Perdana Menteriketikaitu.

4. Anak beliau Datuk Muhammad Khairun bin Aseh pula merupakan Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib pada waktu itu.

5. Isi yang timbul dan boleh dipertikaikan ialah bagaimana dan mengapa Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh  masih lagi memegang jawatan di PERKESO sedangkan berdegar-berdegar Menteri pemerintahan baru dari Pakatan Harapan telah membuat kenyataan bahawa semua Pegawai lantikan politik hendaklah meletakkan jawatan serta merta.

6. Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh merupakan manusia yang pandai bermuka-muka dari zaman Tun Abdullah Badawi PM hinggalah Dato' Sri Mohd Najib dan nampaknya YB Menteri Sumber Manusia Kulasegaran terlepas pandang akan hal ini. YB Menteri perlu menelaah perkara ini bagi mengelakkan musang berbulu ayam terus berada dalam kerajaan baru.

7. Selain itu juga, Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh terlibat dalam kes pecah amanah di Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur yang mengakibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit dan kes ini telah di bawa ke mahkamah.

8. Bagaimana orang yang tiada integriti ini masih lagi diberi peluang untuk memegang jawatan di dalam agensi kerajaan. Dipohon YB Menteri mengambil perhatian serius akan perkara ini demi menjaga maruah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan yang mengutamakan integriti di dalam tadbir urusnya.

9. Anak beliau iaitu Datuk Muhammad Khairun juga semasa berkhidmat sebagai Setiausaha Politik terlibat di dalam kes mengambil "wang" dari kontraktor walaupun tidak didedahkan dan hanya menjadi cakap-cakap sahaja.

10. Oleh yang demikian. Seharusnya YB Menteri menjaga akan maruah PERKESO dan amatlah mustahil tidak ada seorang pegawai pun yang mahu memberikan maklumat mengenai perkara ini sehingga YB Menteri tidak tahu apa-apa dan masih mengekalkan Pengerusi PERKESO ini.

Tak mungkin Mahfuz Omar Timbalan Menteri Sumber Manusia juga buta tidak kenal siapa Aseh Che Mat

11. Selagi YB Menteri tidak mengambil tindakan, saya percaya bahawa Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh akan berdiam diri dan akan memegang jawatannya bagi mendapatkan laba.

12. Jika semua pegawai dan pengerusi GLC yang dikaitkan dengan kerajaan BN dipecat atau ditamatkan kontrak mengapa tidak Tan Sri Aseh Che Mat? Mengapa pula dia seorang yang untung? Ramai lagi dalam PH boleh diberikan jawatan itu.

'God Father' Restoran Mamak. Cuba tanya Restoran Ali Maju

13. Ya Tan Sri Aseh sejak di KDN begitu baik menjaga bos-bos restoran mamak hingga kini sehingga diberi jolokan 'God Father' Restoran Mamak tetapi tak mungkin Menteri Sumber Manusia  terkabur dengan pujuk rayu pemilik restoran mamak itu mengekalkan kedudukannya

14. Semoga YB Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia di bawah kerajaan yang baharu mengambil tindakan tegas agar YB Menteri dipandang tinggi oleh warga Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO khususnya.

Sekian, Salam Hormat

Dato’ Omar Osmani (DOO)

15 Comments