Rakyat Miskin Terlalu Manja, BR1M Mesti Dihentikan - PM
14:08 Aug 25, 2018  |  By SabahKini2
Rakyat Miskin Terlalu Manja, BR1M Mesti Dihentikan - PM

Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang lagi. Akhirnya bantuan BR1M yang meringankan keluarga miskin dihentikan. Dulu kerajaan berbelanja untuk rakyat RM6.8b. Kini Kerajaan PH hanya mahu beri pada kroni bukan rakyat

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pentadbirannya berhasrat mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung langkah terbabit, sesuai dengan pengurangan yang bakal dibuat.
“Kita akan kurangkan sedikit demi sedikit (BR1M) sambil menjelaskan objektif kita.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri, barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” katanya seperti dilaporkan oleh portal themalaysianinsight 

Dr Mahathir dilapor menyifatkan pentadbiran kerajaan terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak ‘memanjakan rakyat' dengan bantuan wang tunai.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja, kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang lagi”.

“Rakyat masih mahukan BR1M, mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, manakala golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM900 setahun.

Individu berpendapatan RM2,000 ke bawah pula menerima sebanyak RM450. Ia memberi peluang individu bujang mendapat BR1M.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM6.8 bilion diperuntukkan dalam bajet tahun ini membabitkan agihan kepada 7.2 juta penerima.

Pakatan Harapan sebelum telah menggantikan BR1M dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan jumlah penerima BR1M juga dikurangkan kepada 4.1 juta penerima dengan peruntukan RM1.6 bilion

Dr Mahathir berkata sebelum ini BR1M adalah rasuah bagaimanapun berjanji dalam manifesto Pakatan Harapan BR1M akan diteruskan.


Dengarkan ucapan Tun Dr Mahathir sebelum PRU 14 berjanji teruskan BR1M

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial dan komen-komen netizen mengecam pemberhentian BR1M ini. Kerajaan PH terlalu berjanji dan gagal melaksanakan manifesto. 

Netizen mengecam syarikat anak-anak Dr Mahathir mendapat kontrak dari kerajaan tetapi BR1M ditamatkan. 

 "Syarikat milik anak Dr Mahathir, Mukhriz dan Mokhzani Opcom Holdings Bhd (Opcom) mendapat kontrak RM11.15 juta Mei lalu daripada Telekom Malaysia selepas PRU 14 malah sejak Tun M Perdana Menteri tahun 2003 Opcom sudah diberi kontrak TM, tapi BR1M ditamatkan. Ini kerajaan berjiwa rakyat ke? apalah sangat BR1M untuk meringankan beban rakyat". kata seorang pengguna facebook Maimunah


Anak-anak Dr Mahathir juga gemar menghina pemberian BR1M kepada rakyat

 

7 Comments