Tun M akui Menteri lembap dan tidak tahu kerja dalam kementerian
01:08 Aug 26, 2018  |  By SabahKini2
Tun M akui Menteri lembap dan tidak tahu kerja dalam kementerian

Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan mengekalkan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting.

Beliau berkata walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet tetapi ramai daripada anggotanya adalah baharu,  tiada berpengalaman dan lambat menyelesaikan sesuatu isu.

“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas.

“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.

Dr Mahathir berkata MPK akan dikekalkan dan diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sementara peranan majlis itu akan diperbaharui.

Dr Muhammad Abdul Khalid adik ipar Tun Daim Pengerusi MPK (CEP) turut dilantik sebagai penasihat ekonominya yang sebelum ini ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan. Tugas pertama beliau secara rasmi selepas dilantik Penasihat PM ialah menghapuskan BR1M

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya

[ARTIKEL BERKAITAN: Penasihat PM adik ipar Tun Daim nasihatkan PM hapuskan BR1M]

 

3 Comments