Rasuah Setiausaha Politik Mat Sabu serius perlu direhatkan- Ketua Pemuda AMANAH
00:08 Aug 28, 2018  |  By SabahKini2
Rasuah Setiausaha Politik Mat Sabu serius perlu direhatkan- Ketua Pemuda AMANAH

Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan bertegas agar Menteri Pertahanan yang juga Presiden AMANAH merehatkan Azhar Setiausaha Politiknya. Isu integriti bakal merosakkan Parti Amanah

Isu Mohd Azhar bin Che Mat Dali Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibawa ke mesyuarat bulanan Parti Amanah Negara (AMANAH) minggu depan.

“Perkara ini pasti akan dibawa dalam mesyuarat AMANAH 4 September ini.

“Saya ingat kalau tak Pemuda bawa, pihak lain pun akan bawa perkara ini,” kata Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan

Sany berkata pihaknya tidak dapat berkompromi dengan amalan yang didakwa rasuah itu dan menuntut Azhar SUPOL direhatkan sementara SPRM masih melakukan siasatan.

Menurut sumber dalaman pejabat Menteri Pertahanan pihak yang mendedahkan laporan Azhar menerima wang bayaran RM800 ribu melunaskan hutang keluar dari status muflis di Jabatan Insolvensi adalah Setiausaha Sulit Menteri sendiri.


Azhar masih SUPOL. Setiausah Sulit yang bocor maklumat Azhar juga masih bertugas

Sabahkini2 mendedahkan maklumat daripada SPRM bahawa antara syarikat yang memberi wang kepada Azhar ialah Syarikat Jakel. Namun sehingga kini SPRM masih berdiam diri dari mendedahkan hasil siasatan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN:Terdedah: Jakel beri lebih RM500 ribu dan SPRM takut mahu reman Setiausaha Politik Mat Sabu ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor ]

 

 

10 Comments