Syarikat milik Majlis Penasihat Kerajaan Robert Kuok Untung lagi
09:08 Aug 30, 2018  |  By SabahKini2
Syarikat milik Majlis Penasihat Kerajaan Robert Kuok Untung lagi

Untung bersih PPB Group milik Robert Kuok naik lagi kepada RM311 juta pada suku kedua.Perolehan meningkat kepada RM1.08 bilion berbanding RM1.05 bilion pada tahun sebelumnya.

KUALA LUMPUR- Syarikat milik ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Robert Kuok untung lagi. Kali ini melalui PPB Group Berhad.

Keuntungan bersih PPB Group pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2018 naik kepada RM311 juta berbanding RM96.4 juta pada suku tahun sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM1.08 bilion berbanding RM1.05 bilion pada tahun sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Peningkatan itu susulan sumbangan lebih tinggi daripada Wilmar International Ltd yang disenaraikan di Singapura, keuntungan lebih tinggi daripada segmen bijirin dan perniagaan tani, kejuruteraan alam sekitar dan utiliti, selain pemberhentian perkongsian kerugian dalam Tefel Packaging Industries Co Ltd dengan penjualan selesai pada Jun.

PPB berkata dengan asas makroekonomi Malaysia yang kekal kukuh, segmen perniagaan utama Kumpulan dijangka mencatat prestasi memuaskan pada tahun kewangan 2018.

Keseluruhan keputusan kewangan Kumpulan akan terus disokong oleh prestasi perniagaan Wilmar.

Dalam kemelut Malaysia dengan China baru-baru ini syarikat Robert Kuok PT Wilmar Nabati di Indonesia menandatangani kontrak pembelian sawit bernilai USD 726 juta di Nanjing. Peneroka Felda sengsara dengan harga sawit rendah tapi Robert Kuok untung di Indonesia.

Pasaran tepung di Malaysia, Indonesia dan Vietnam dan pasaran makanan di Malaysia dijangka terus mencabar dengan harga komoditi yang tidak menentu dan boleh jadi kenaikan harga pada 1 September pelaksanaan SST. Bagaimananpun Syarikat Kuok tetap gagah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Comment