'Hidupkan' MA 63 tapi royalti minyak 20 peratus bertegas tak beri
14:09 Sep 02, 2018  |  By SabahKini2
'Hidupkan' MA 63 tapi royalti minyak 20 peratus bertegas tak beri

Wayang Dr Mahathir sejak 22 tahun dulu sebagai PM bagi negeri Sabah dan Sarawak sudah jelas. Kini PH bertegas tidak memberi royalti 20 % tetapi ada hati hidupkan semula Perjanjian 63.

KUALA LUMPUR: Kerajaan PH akan menghidupkan Perjanjian 63 walaupun tanda-tanda PH tidak menghormati perjanjian itu sudah ditunaikan melalui royalti minyak.  Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi julai lalu  berkata Petronas akan rugi jika royalti 20% diberi kepada negeri pengeluar minyak termasuk negeri Sabah dan Sarawak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kekangan, royalti minyak 20 peratus tidak boleh dilaksana- Azmin ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Royalti minyak 20 peratus berdasarkan keuntungan PH langgar janji- Dr Jeffrry ]

Dr Mahathir sendiri mengesahkan akan membayar royalti minyak berdasarkan keuntungan bukan keluaran kasar.

Terbaru Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, sekiranya situasi itu berlaku, Petronas boleh ditutup sekali gus memberi kesan bukan sahaja terhadap syarikat minyak milik negara itu malah turut melibatkan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Menurut beliau, sebanyak 10 peratus royalti dalam bentuk bayaran tunai iaitu lima peratus kepada kerajaan negeri dan lima peratus kepada kerajaan Persekutuan dibayar dua kali setahun iaitu Februari dan Ogos.

Kredit Video & infografik: Suarasabah.com

“Seterusnya, sejumlah 70 peratus kos pengeluaran perlu dibiayai dan tinggal 20 peratus, tolak pula cukai pendapatan petroleum sebanyak lapan peratus maka baki adalah 12 peratus yang perlu kongsi dengan syarikat kontraktor berdasarkan perjanjian yang dimeterai bersama.

“Jika cadangan penambahan royalti 20 peratus dibuat, maka akan menyebabkan jatuh negatif hasil Petronas malah kesannya akan melibatkan rakyat serta pekerja-pekerja dalam bidang ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara 30 Ogos lalu.

Jadi adalah amat pelik beberapa perkara dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti royalti minyak tidak dapat ditunaikan tetapi Dr Mahahir terus berjanji kepada Sabah dan Sarawak menunaikan perjanjian itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perjanjian itu akan ‘dihidupkan’ semula supaya semua janji terbabit dapat dilaksanakan katanya dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

“Walaupun sekian lama dikebelakangkan, kami sekarang ingin menghidupkan semula perjanjian semasa Malaysia ditubuhkan ini.

Rakyat Sabah dan Sarawak tidak hairan dengan janji dan gimik Dr Mahathir itu kerana 22 tahun lalu Sabah dan Sarawak di bawah kepimpinannya dianaktirikan. Itu adalah fakta yang tidak boleh dipertikaikan.

Hanya di bawah kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Sabah dan Sarawak banyak mendapat manfaat pembangunan dan mendapat peruntukan berbilion ringgit.

Hakikatnya sejak sekian lama Dr Mahathir membezakan Sabah, Sarawak dan Semenanjung membabitkan pelbagai bidang dan kini beliau berjanji mahu menunaikan permintaan Sabah dan Sarawak.

Selepas beliau, Azmin dan Timbalannya bertegas tidak akan memberikan royalti 20 peratus apakah rakyat Sabah dan Sarawak percaya dengan janjinya mengkaji perjanjian 63 itu?

Sementara itu di Sabah seperti biasa Shafie Apdal akan menyokong apa sahaja saranan Dr Mahathir walaupun sehingga kini secara terang-terangan Kerajaan PH tidak menggerakkan usaha MA 63 dan menunaikan janji royalti 20 peratus.

“Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin memberi tumpuan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan setakat gaji minimum”.

 

 

Rata-rata pengguna facebook di Sabah berkata ini hanya wayang Dr Mahathir dan PH. Semua kenal sapa Dr Mahathir sejak 22 tahun lalu. Dia hanya mengata dirinya sendiri kegagalannya memenuhi MA 63 dahulu.

 

 

2 Comments