'Budak Gani Patail' dalam kes Najib bebaskan Lim Guan Eng
11:09 Sep 04, 2018  |  By SabahKini2
'Budak Gani Patail' dalam kes Najib bebaskan Lim Guan Eng

Baru saja kes Lim Guan Eng dibicara tiba-tiba pasukan Peguam Negara dan SPRM belum selesai bicara sudah mengaku kalah lebih awal. Apa sudah jadi? Hanafiah dari pasukan peguam pendakwaan kes Najib buat keputusan menggugurkan kes Guan Eng

Selepas Peguam Negara dikecam hebat kerana menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng hari ini Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Dato’ Mohamad Hanafiah Zakaria atau dikenali ‘Budak Gani’ tampil menjelaskan mengapa pejabat Peguam Negara menarik balik pertuduhan ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dan Phang Li Koon seorang wanita ahli perniagaan 

Dato’ Mohamad Hanafiah Zakaria memberi alasan sebagai berkata keputusan untuk bertindak secara nolle prosequi (pihak pendakwa membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan) ke atas Lim dan Phang dibuat tanpa penglibatan Peguam Negara Tommy Thomas. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Peguam Negara tidak campurtangan kes rasuah Lim Guan Eng 'Bullshit'!]

 

Belum melawan dah mengaku kalah- Hanafiah mengaku MUNGKIN tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai
timbalan pendakwa raya untuk
teruskan kes 

 

Mohamad Hanafiah berkata beliau diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan berhubung representasi yang dibuat oleh kedua-dua tertuduh.

Kata Mohamad Hanafiah pemilihan itu dibuat kerana beliau sebelum ini tidak pernah terlibat dengan kes tersebut dan dipercayai dapat memberi pertimbangan dari perspektif baru.

"Saya membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap saksi-saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas membuat penelitian, Mohamad Hanafiah berpendapat, tidak mungkin beliau dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai timbalan pendakwa raya untuk meneruskan kes tersebut dengan mengetahui ia tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan.

Justeru beliau berkata pihaknya membuat keputusan supaya pihak pendakwaan nolle prosequi pertuduhan-pertuduhan terhadap Lim dan Phang berdasarkan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

 

SPRM tahu kes pengguguran

Menurut Mohamad Hanafiah ketetapan itu dimaklumkan kepada timbalan pendakwa raya yang menguruskan kes berkenaan, Datuk Masri Mohd Daud yang juga pengarah bahagian undang-undang SPRM pada jam 7.18 pagi semalam.

Datuk Masri Mohd Daud SPRM tidak tahu? 

Bagaimanapun sumber dalam SPRM yang anti Shukri membocorkan maklumat sokongan Dato' Sri Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah dilakukan lebih awal lagi. Jadi ramai melihat 'idea terkejut' hanyalah sebagai alasan yang sudah dijangka

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM hantar surat sokongan kepada Peguam Negara gugurkan kes Guan Eng]

[ARTIKEL BERKAITAN- Kejutan Gugur kes Guan Eng 'Kantoikan' kerjasama SPRM dan AG ]

Menurut Hanafiah lagi pihak pendakwa memohon mahkamah membenarkan perintah “pelepasan tanpa terjumlah kepada pembebasan” ke atas Lim dan Phang namun hakim memutuskan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan. Keputusan untuk memulakan atau menamatkan pendakwaan merupakan kuasa dan budi bicara pendakwa raya.

Dalam kes berkenaan, beliau berkata, ia dirahsiakan sehingga ke saat akhir dan beliau tidak merujuk kepada agensi penyiasatan kerana bimbang keputusan tersebut terbocor sehingga menimbulkan gangguan tidak diingini.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya membuat keputusan berhubung representasi tersebut tanpa sebarang pengaruh luar.

 

Hanafiah ' budak gani' yang dilatih Gani Patail lama. Dia tak bias dalam kes  Lim Guan Eng? Berapa dia dibayar?

Dia Peguam harapan kepada Tommy Thomas dan dia berkecuali dari Tommy? Bullshit!!!


Mohamad Hanafiah
 pasukan pendakwaan kes Najib

Hanafiah adalah salah seorang pasukan pendakwaan dalam kes Najib baru-baru ini. Sebagai “Budak Gani’ Hanafiah dianggap berdendam dengan Najib bekas Perdana Menteri dari BN itu.

Apabila beliau diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi kes Lim Guan Eng Hanafiah juga seorang yang bias kepada keputusannya memihak kepada Lim Guan Eng atau kerajaan pakatan.

Mana mungkin Hanafiah tahu mereka kalah dalam perbicaraan kerana kes belum selesai malah bukti-bukti kes juga belum dibentang di mahkamah.

Belum tahu kalah di mahkamah sudah mengaku kalah sedangkan pasukan pendakwaan sebelum ini sudah yakin 90 peratus boleh memenangi kes rasuah Lim Guan Eng ini.

Soalan patut kita tanya kepada Hanafiah ialah berapa juta Lim Guan Eng dan DAP bayar kepada Dato' Hanafiah. SPRM nak siasat? dia pun sama!

 

Comment