Walaupun disiasat SPRM dan keputusannya dikawtim oleh SPRM akhirnya Azhar terus dilantik Setiausaha Politik. Muflis 4 tahun tetapi dua hari selesaikan muflis
PUTRAJAYA - Seramai 23 setiausaha politik kepada menteri Kabinet termasuk Mohd Azhar Che Mat Dali yang menerima rasuah RM800 ribu mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Majlis ringkas yang diadakan di Perdana Perdana Putra di sini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar.
Antara yang mengangkat sumpah ialah tiga setiausaha politik kepada Perdana Menteri iaitu Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya.
Turut serta ialah setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Romli Ishak, Datuk Mohd Nardin Awang (Menteri Dalam Negeri), Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee (Menteri Kewangan) dan Ahli Lembaga Pengarah UUM Mohd Nizam Morad (Menteri Pendidikan).
Bekas pengacara program Ruang Bicara di Bernama News Channel, Datuk Dahlan Maamor turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik Menteri Pengangkutan.
Turut mengangkat sumpah ialah Cheang Chee Khing (Menteri Sumber Manusia), Ahmad Sabki Yusof (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani),Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Menteri Kesihatan), Mohd Aizad Roslan (Menteri Belia dan Sukan), Mejar (Bersara) Mohamad Rahim Osman (Menteri Pembangunan Usahawan), Saiful Izham Ramli (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Zakaria Abdul Hamid (Menteri Kerja Raya) dan Mohd Nazri Noh (Menteri Luar).
Selain itu, Alice Choo Foong Thye mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik Menteri Industri Utama, Ee Chin Li (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan lklim), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)), Martin Tomy @ Tommy (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)), Pritchard Arthur Gumbaris (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Abdul Kusen Hussen @ Mujahirin O.K.K PG Hussen (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).
Mohd Azhar Che Mat Dali Setiausaha Politik Menteri Pertahanan yang menerima rasuah RM800 ribu termasuk dari syarikat pembekal kain kepada kementerian pertahanan Jakel Trading dikatakan dibersihkan namanya oleh SPRM untuk mengangkat sumpah.
Keputusan siasatan SPRM mengenai Setiausaha Politik Mat Sabu tidak pernah diumumkan hingga kini. Mat Sabu sendiri mengesahkan SPRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Azhar Setiausaha Politiknya.
Sumber SPRM mengesahkan Mat Sabu berunding dengan Dato’ Sri Shukri KP SPRM melepaskan Azhar dari siasatan SPRM walaupun terbukti Azhar menerima rasuah untuk melepaskan diri dari status hutang di Jabatan Insolvensi.