Musa Aman 'Ketua Menteri Sebenar' tiba di Sabah
11:09 Sep 05, 2018  |  By SabahKini2
Musa Aman 'Ketua Menteri Sebenar' tiba di Sabah

Musa tiba pukul 12.28 tengah hari di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), disambut ribuan penyokong yang melaungkan 'Musa Aman', dan ‘Allahuakbar’.

Ribuan menyambut Tan Sri Musa Aman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang sebenar Tan Sri Musa Aman hari ini selamat tiba di Sabah dari Kuala Lumpur selepas menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Beliau tiba dengan pesawat khas pada pukul 12.28 tengah hari di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), disambut ribuan penyokong dan rakyat Sabah yang melaungkan 'Musa Aman',  dan ‘Allahuakbar’.

Musa yang memakai suit hitam dan bersongkok serta berjalan menggunakan tongkat, disambut dengan laungan azan sebelum  menantunya Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif yang juga Adun Membakut membacakan doa selamat.

Ketibaan Musa turut disambut  beberapa pemimpin UMNO negeri termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama anggota lain antaranya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Isnin, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Datuk Seri Masidi Manjun.

Sebelum keluar di pintu ketibaan, beliau sempat mengangkat tangan kepada penyokongnya yang berada di perkarangan lapangan terbang yang menanti ketibaannya sejak jam 10 pagi.

Musa yang tiba di Sabah hari ini buat pertama kali sejak berada luar negara hampir tiga bulan telah mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga pada hari ini.

Kembalinya Musa Aman ke Sabah nampak memberi semangat kepada rakyat Sabah untuk terus bangkit menentang rampasan kuasa secara tidak bermoral oleh Shafie Apdal pada 12 Mei lalu.

 

 

9 Comments