Gaji Minimum: PH akur syor majikan naikkan RM50 dan tolak syor pekerja
17:09 Sep 05, 2018  |  By SabahKini2
Gaji Minimum: PH akur syor majikan naikkan RM50 dan tolak syor pekerja

Gaji Minimum Zaman BN lebih tinggi RM100 berbanding PH yang hanya setuju syor majikan kenaikan RM50 sahaja.Syor Pekerja RM1500 ditolak

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan yang berjanji menetapkan gaji minimum hanya mampu melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan iaitu kenaikan hanya RM50  atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerajaan juga memutuskan untuk tidak memberikan sebarang subsidi kepada mana-mana majikan kerana kekangan kewangan semasa negara," menurut kenyataan itu.

Dalam manifesto Pakatan Harapan dan bajet 2018 Pakatan berjanji akan menaikkan gaji minimum RM1500 sebulan.

Sementara itu pengumuman dibuat kerajaan itu disindir oleh netizen, parti politiik dan NGO pekerja di negara ini sebagai menjaja maruah pekerja bergaji rendah.

Menurut S. Arutchelvan anggota Jawatankuasa Pusat Parti Sosial Malaysia (PSM) yang di jemput bermesyuarat pada 17 Julai lalu, Majlis Gaji Minima Negara (MGMN) mencadangkan RM1500 dengan tunggakannya dibayar kepada pekerja.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula meminta gaji minima RM1800.

MGMN mencadangkan RM1250 untuk Semenanjung Malaysia, mengikut manifesto Pakatan Harapan, tetapi jika gaji perlu diseragamkan, mereka mencadangkan RM 1170 di seluruh negara.

Manakala golongan NGO majikan mengusul kenaikan hanya RM50 bermula dari Januari 2019 yang bermaksud RM1050 sebagaimana yang diumumkan Kerajaan Pakatan hari ini.

Nampaknya kenaikan gaji minima semasa zaman BN lebih tinggi iaitu RM100 dan tidak mungkin dalam masa 5 tahun Pakatan Harapan menaikkan gaji minima RM450 untuk sampai RM1500.

Rata-rata netizen dan pekerja memberi komen "Rakyat dikencing lagi".

 

Comment