Sihir ‘lontong’ alasan Menteri Warisan takut bertemu rakyat Melalap
02:09 Sep 07, 2018  |  By SabahKini2
Sihir ‘lontong’ alasan Menteri Warisan takut bertemu rakyat Melalap

Gara-gara takut 'Lontong' maka dituduhnya pengundi Malalap mengamalkan sihir. Sejak selepas PRU 14 Peter tidak pernah melawat kawasan Malalap. Peter hanya menghantar wakil dan perlekeh orang Malalap amal sihir

TENOM - Takut terkena lontong (sihir menyebabkan perut buncit ) sehingga hari ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Datuk Peter sentiasa mencari alasan mengelak melawat pengundi di daerah Melalap.

James, 46 tahun pengundi DUN Melalap berkata, kami di sini macam kena anak tiri sudah dengan wakil rakyat Warisan.

“Dulu bukan main lagi janji sampailah kami bagi dia undi kononnya mahu ubah apa yang sudah dibuat oleh Datuk Radin Maleh.

“Akhirnya kami yang kena tipu hidup-hidup, bukan saja janji tidak ditunai malah kami (rakyat di daerah Melalap) kalau ada majlis kahwin, sakit atau kematian tidak dikunjungi dan dia hanya hantar wakilnya sahaja untuk jumpa sama kami,” katanya dengan rasa kecewa.

Rosli, 30 tahun turut berkata kononnya Peter Anthony ini takut ziarah kami sebab dimaklumkan di kawasan kami ini terkenal dengan ilmu sihir iaitu lontong.

“Kami di sini beragama, ada yang Islam dan penganut Kristian, mana mungkin kami amalkan perbuatan syirik yang boleh memudaratkan manusia lebih-lebih lagi pemimpin yang kami pilih.

“Kalau macam inilah pemimpin takut jumpa rakyat kami tidak teragak-agak hanya kali ini saja kami undi dia.

“Dia bukan orang kami (anak tempatan di DUN Melalap) apa tah lagi bukan orang Murut tapi kami pilih dia sebab dia banyak bagi kami janji mahu majukan dan bela nasib kami.

“Dia jadi pemimpin sebab undi dari kami kalau hanya sebab daerah mengundi melalap dia kalah dan dia terus buang kami nampak nya ini semua akan buka mata seluruh pengundi DUN Melalap, tegasnya lagi.

Rakyat Malalap berang apabila dapat tahu dari pegawai Datuk Peter sendiri menyatakan Datuk Peter takut masuk ke kampung-kampung di Daerah Malalap kerana penduduknya mengamalkan sihir 'lontong'.

Datuk Peter Anthony berasal dari Kaiduan Papar memenangi kawasan DUN Melalap dengan undi 5,010 dan hanya 293 majoriti.

Peter direman SPRM kerana kes rasuah KKLW termasuk kes curi dana RISDA RM15.5 juta yang menyebabkan peguamnya Michael Ubu melarikan diri ke luar negara.

61 Comments