Video Anwar menari ala MGR dan MB Perak bersama wanita tular
20:09 Sep 07, 2018  |  By SabahKini2
Video Anwar menari ala MGR dan MB Perak bersama wanita tular

Sejarah kedua-dua pemimpin ini bab bersosial tiada siapa boleh nafikan.

 

Bakal PM ke 8

PETALING JAYA: Tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim naik ke pentas dan menari mengiringi persembahan penyanyi mirip MGR ketika menghadiri Majlis Malam Komuniti India di sini malam Khamis mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen menegur suami timbalan perdana menteri itu kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang dialaminya beberapa bulan lalu.

Pada 13 Julai lalu, Anwar selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan yang mengalami kecederaan serius pada kaf rotator di Turki.

Sebelum itu, beliau menjalani pembedahan mikro bagi merawat sakit belakang yang kronik terkait kegelinciran disk dan pembedahan tulang belakang.

Pelbagai komen terhadap bakal PM ke 8 itu sama ada mengkritik atau menyokongnya dalam media sosial.

Sementara itu turut tular ialah video Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu bersama dengan seorang wanita. Tidak dapat dipastikan siapakah wanita itu.

 


Linca Azumu ni.

1 Comment