Beliau berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berhak untuk melantik seseorang yang dirasakannya ‘mudah’ untuk berkerjasama bagi melicinkan urusan pentadbiran.

Menurut beliau, hubungan yang baik di antara menteri dan pengerusi sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan membawa kepada lebih banyak perkara yang menguntungkan.

“Khidmat saya sebenarnya bukan ditamatkan sebaliknya tempoh menjadi pengerusi itu telah dipendekkan.

“Saya rasa beliau (Maszlee) lebih arif untuk melantik individu yang boleh bekerja dengannya. Sudah tentu keputusan berkenaan akan membawa kebaikan kepadanya dan universiti,” katanya ketika berucap dalam Seminar Pengasingan Kuasa: Di mana Garisan Neutraliti Penjawat Awam di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa penamatan kontrak pengerusi lima IPTA pada Julai lalu dipercayai bagi membersihkan lembaga universiti daripada lantikan politik. - UTUSAN ONLINE

Nota:Sebelum ini banyak dengar desas -desus Pengerusi UMS mencampuri urusan universiti termasuk pelantikan pegawai. Pemecatannya disambut baik oleh warga UMS