Tiada permit dan saluran tidak betul mestilah ditangkap- Azis
19:09 Sep 17, 2018  |  By SabahKini2
Tiada permit dan saluran tidak betul mestilah ditangkap- Azis

Menurut Azis kumpulan ini perlu buang mentaliti pembangkang dalam membuat himpunan dan protes jalanan,

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata, tindakan menangkap lapan individu dipercayai aktivis ketika membuat himpunan adalah disebabkan penggunaan saluran yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, antara yang ditahan termasuklah Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Mohd Khairudin Daud. Katanya, sebagai sebuah parti yang mesra kerajaan, pihak berkenaan seharusnya tahu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan keluhan.

"Tulis kepada kami dan kami akan bantu memudahkannya dengan membuat perbincangan meja bulat kerana itulah cara yang sepatutnya dibuat.

"Kumpulan ini perlu buang mentaliti pembangkang dalam membuat himpunan dan protes jalanan," katanya 

Seramai lapan individu (Alumi UMS) daripada 100 peserta yang menyertai Himpunan Hari Malaysia Pandang ke Sabah ditahan polis semasa membuat protes jalanan di sini pada pagi Ahad.

Aktivitis yang ditahan turut mendakwa dipukul anggota polis hingga mengalami beberapa kecederaan.

"Mereka berarak dengan membawa kain rentang dan sepanduk. Mengikut undang-undang tindakan sedemikian adalah satu protes dan mereka juga tidak mempunyai permit," katanya 

 

6 Comments