Siasatan kes 'skodeng' bawah skirt Farish Pegawai Khas Azis hampir lengkap
11:09 Sep 18, 2018  |  By SabahKini2
Siasatan kes 'skodeng' bawah skirt Farish Pegawai Khas Azis hampir lengkap

Siasatan lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan Mohd Farish Hussain bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Mohd Azis Jamman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita cina menggunakan telefon bimbit di kedai cermin mata akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan berkenaan.

“Kita masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak peguam negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Pada 9 September lepas Mohd Azis yang datang bersama Farish ke kedai cermin mata dilapor memecat Farish  susulan perilaku pegawainya merakam bawah skirt di kedai cermin mata.

Klip video berdurasi lebih 1 minit yang memaparkan perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di kedai cermin mata menjadi tular di media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN: (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina ]

Komen-komen netizen dalam media mengenai kes itu dikatakan agak lambat berbanding kes remaja autisme bernama Fikri kes meraba buah dada wanita yang ditangkap dan dilokapkan dibalai polis manakala Farish Hussain dibebaskan dalam tempoh 24 jam dengan jaminan polis.

 

4 Comments