Habuan jawatan menteri Tok Pa Keluar UMNO?
21:09 Sep 18, 2018  |  By SabahKini2
Habuan jawatan menteri Tok Pa Keluar UMNO?

Dikatakan Tok Pa menggunakan alasan diugut SPRM namun desas-desus Tok pa telah bertemu Dr Mahathir.

AHLI Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Beliau berkata keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya.

“Pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini.

“Tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

“Setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalam-dalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan itu turut dimuat naik di laman Twitter rasminya.

Dengan keputusan itu, Mustapa secara automatik menjadi Ahli Parlimen Bebas sementara menunggu masa sesuai mengisytiharkan menyertai Parti Bersatu

Beliau yang turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpandangan usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

“Tidak ada tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” katanya.

Katanya, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata untuk terus relevan.

Katanya, UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah.

“UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

“Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk,” katanya.

Mustapa turut berpandangan sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat.

Sumber-sumber mengesahkan Tokpa mendapat tawaran dari Dr Mahathir untuk menteri kabinet akan datang termasuk menteri kewangan menggantikan Lim Guan Eng.

1 Comment