Keluar UMNO, Zahid seru pemimpin dan ahli UMNO bertenang
14:09 Sep 19, 2018  |  By SabahKini2
Keluar UMNO, Zahid seru pemimpin dan ahli UMNO bertenang

Ahmad Zahid meminta agar semua pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin serta memberi kepercayaan kepada pimpinan bagi menangani keadaan tersebut.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkat beliau mengambil maklum mengenai kemelut parti yang melanda sekarang. Katanya atas alasan apapun tindakan mereka tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi mereka dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang diberikan UMNO.

Walaupun kesal dengan tindakan Mustapa dan Anifah namun UMNO menghormati keputusan kedua-dua mereka dan mengucapkan selamat maju jaya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid meminta agar semua pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin serta memberi kepercayaan kepada pimpinan bagi menangani keadaan tersebut.

Beliau berharap tindakan kedua-dua pemimpin UMNO itu tidak melemahkan semangat ahli lebih-lebih lagi UMNO akan mengadakan perhimpunan agung hujung bulan ini.

"Saya harap isu ini tidak melemahkan apa lagi melumpuhkan UMNO. UMNO memerlukan loyalis parti untuk terus hidup. Biarlah yang setia kepada semangat perjuangan sahaja yang tinggal bersama UMNO.

"Kepada semua pimpinan dan ahli, kita mesti kekal terus bersatu pada dan bersama memastikan parti kekal releven dalam lanskap politik kian mencabar," kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid berkata, UMNO merupakan sebuah perjuangan yang perlu diteruskan demi agama, bangsa dan negara.

Justeru beliau meminta ahli dan pimpinan merapatkan saf dan melakukan usaha bersama agar UMNO bangit semula menjadi parti yang kuat di Malaysia


KENYATAAN PENUH MEDIA PRESIDEN UMNO

1. UMNO mengambil berat terhadap perkembangan politlk negara ketika ini. Selaku Presiden UMNO, saya juga memandang serius situasi yang berlaku terutama kepada Parti UMNO sendiri.

2. Dalam keadaan ini, saya minta semua pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin, serta memberikan kepercayaan kepada pimpinan parti bagi menangani keadaan ini. 

3. Sudah pastilah UMNO sangat kesal, dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO dan terkiniYB Datuk Seri Mustafa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli dan YB Dato' Seri Anifah Aman, Ahli Parlimen Klmanis yang bertindak keluar meninggalkan UMNO.

4. Kita perlu mempunyai sikap yang ikhlas dan memilikl daya juang yang tinggal dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti. Meninggalkan UMNO ketika parti sedang diuji, bukanlah sikap terpuji dan boleh diteladani. Islam mendidik kita agar taat selagi mana kita tidak menyalahi apa yang dikehendaki oleh syara'.

5. Dalam keadaan ini, saya ingin nyatakan bahawa, atas alasan apapun tindakan tersebut sangat tidak wajar dilakukan apatah lagi beliau dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang UMNO berikan. Meletakkan alasan kelemahan parti kerana agenda peribadi sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

6. Kita akan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2018 penghujung bulan ini. Saya harap ia tidak melemahkan kita. Malah, saya ingin nyatakan bahawa, selepas PRU-14, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh UMNO untuk mengukuhkan kembali keyakinan dan kepercayaan ahli serta rakyat kepada idealisme perjuangan UMNO.

7. UMNO akan tetap dengan asas perjuangan bagi memastikan keadilan sosial dan nilai kesejagatan dikekalkan sejajar dengan faktor kemajmukan diMalaysia. Kita tetap menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera serta membela hak semua kaum dalam negara ini. Kerana itu selagi wujud sokongan ramai, UMNO akan terus berjuang dalam apa keadaan sekali pun, biarpun di situasi mencabar ketika ini.

8.Saya harap, lsu ini tidak melemahkan apalagi melumpuhkan UMNO. UMNO memerlukan loyalis parti untuk terus hidup. Biarlah yang setia kepada semangat perjuangan saja yang tlnggal bersama UMNO. Dengan itu, parti dan segala rancangannya akan lebih mudah ditadbir serta berjalan dengan baik.

9. Bagaimanapun dalam senario sedemikian, UMNO mengambil pendirian menerima keputusan mereka dan kita menghormatinya.Kita ucapkan selamat maju jaya. Semoga Jalan pilihan mereka akan memberi kepuasan buat diri mereka.

10. Kepada semua pimpinan dan ahli parti kita mesti terus kekal bersatu padu  dan bersama memastikan parti kekal relevan dalam lanskap politik yang kian mencabar. Umno ini sebuah perjuangan. Ini mesti di teruskan bersama para pejuang parti yang lstlqamah dalam perperjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta. Andalah mata rantai perjuangan yang panjang.

11. Saya minta kita merapatkan saf dan melakukan usaha bersama agar UMNO BANGKIT semula menjadi parti kuat di negara ini. Saya yakin Jika kita terus berpadu semua pihak akan menghormati kita.

 

AHMAD ZAHID HAMIDI
19 September 2018

1 Comment