Najib dihadapkan lagi ke mahkamah esok
15:09 Sep 19, 2018  |  By SabahKini2
Najib dihadapkan lagi ke mahkamah esok

Najib sekali lagi akan ke mahkamah esok

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan salah guna kuasa.

Difahamkan beliau akan dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kuasa.

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 3 petang tadi.

Dikatakan pertuduhan itu ada kaitan dengan kes ‘wang derma’ sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

 

1 Comment