(VIDEO) Anwar sindir dan perli Azmin di depan wartawan
19:09 Sep 21, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Anwar sindir dan perli Azmin di depan wartawan

"Pasal apa Azmin dan Rafizi tak tanya? muka Azmin berubah

Sindiran padu. Tengok muka Azmin

 

Penampilan sulung dua pesaing jawatan timbalan presiden PKR, penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pencabar Rafizi Ramli yang turut hadir bersama-sama pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu hari ini tidak mengundang soalan pihak media.

Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpulkan atas sebab itu pihak media tidak lagi berminat dengan persaingan kedua pemimpin berkenaan kerana semua soalan diajukan kepadanya.

Hal ini susulan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Anwar sebagai calon HARAPAN bagi pilihan raya kecil Port Dickson.

"Pasal apa Azmin dan Rafizi tak tanya?

"Apabila mereka tidak ada bersama, semua kamu sibuk bertanya... malah ketika saya di Singapura saya masih ditanyakan (tentang mereka)," kata Anwar yang turut disertai dua pemimpin itu dan kepimpinan kanak PKR.

Anwar juga berkata media hanya tertarik untuk bertanya mengenai persaingan kedua pemimpin itu tetapi tidak berminat apabila mereka menunjukkan setiakawan.

Kenyataannya itu mengundang tawa para pemberita.

Kedua-dua Rafizi dan Azmin telah membentuk pasukan masing-masing yang bersaing merebut pelbagai jawatan parti, daripada kepimpinan pusat sehingga ke peringkat cabang parti.

Hari ini, buat pertama kali kedua-dua pesaing itu muncul di pentas yang sama sejak kempen pemilihan PKR bermula pada 5 Ogos lalu.

Terdahulu, Anwar berkata beliau tidak berminat untuk berpihak dalam persaingan di antara kem Rafizi atau Azmin pada pemilihan PKR

2 Comments