Keputusan Batal Petisyen Pilihanraya DUN Kiulu 3 Oktober
14:09 Sep 22, 2018  |  By SabahKini2
Keputusan Batal Petisyen Pilihanraya DUN Kiulu 3 Oktober

Keputusan petisyen pilihanraya sebelum ini memihak kepada penyandang. Dijangka Jo-Anna Sue Henley Rampas juga akan kalah dalam petisyen ini

KOTA KINABALU: Keputusan permohonan Datuk Joniston Bangkuai untuk membatalkan petisyen  Jo-Anna Sue Henley Rampas calon Parti Warisan Sabah (Warisan) mencabar kemenangan kerusi Dun Kiulu akan diketahui 3 Oktober nanti.

Tarikh tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Supang Lian setelah mendengar hujah kesemua pihak kelmarin bagi permohonan Joniston dalam Mahkamah Pilihanraya di sini.

Pada hari ini, Supang telah membenarkan permohonan respondan kedua (Pegawai Pilihanraya) dan respondan ketiga (Suruhanjaya Pilihanraya) supaya mereka dikeluarkan daripada petisyen calon Warisan bagi DUN Kiulu,

Peguambela yang mewakili respondan kedua dan ketiga memberi hujah bahawa tuduhan dalam petisyen Jo-Anna hanya melibatkan Joniston.

Respondan kedua dan ketiga diwakili oleh Muammar Julkarnain, Syarulnizam Salleh dan Shahlan Jufri.

Sebelum itu, Tengku Fuad Tengku Ahmad dan Henry Gudid yang mewakili Joniston memberi tujuh sebab petisyen Jo-Anna patut ditolak.

Jo-Anna pula diwakili oleh Mary Florence Gomez dan Edina Sung Burongoh.

Dalam petisyen itu Jo-Anna memohon agar keputusan pilihanraya bagi kawasan DUN Kiulu pada 9 Mei lalu diisytihar sebagai tidak sah kerana mereka mendakwa keputusan antara lain dipengaruhi unsur rasuah

12 Comments