Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu mesyuarat agung luar biasa akan diadakan kelak untuk memastikan keputusan tersebut dapat dilaksanakan.

“Kita telah bawah ke mesyuarat jawatankuasa yang dibentuk dan hari ini kita terima memorandum untuk UMNO Sabah di peringkat autonomi.

“Saya akan cakap dalam perhimpunan nanti untuk umumkan sesuatu yang baik kepada Sabah supaya permohonan itu dapat pengesahan Majlis Tertinggi serta kita perlu adakan mesyuarat agung luar biasa dan akan masukkan dalam pindaan Perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup bersama pimpinan UMNO negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Zahid, memorandum yang diserahkan UMNO Sabah kepadanya dalam mesyuarat itu turut melibatkan hasrat parti untuk menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS).- UM