Sudah 8 Jam disiasat, Rosmah direman atau didakwa esok?
17:09 Sep 26, 2018  |  By SabahKini2
Sudah 8 Jam disiasat, Rosmah direman atau didakwa esok?

Sudah 8 jam berlalu. Datin Seri Rosmah masih di pejabat SPRM. Apakah Datin Seri akan direman esok atau didakwa?

TUJUH jam telah berlalu, Rosmah Mansur masih berada di pejabat SPRM untuk disiasat di samping khabar angina mengatakan isteri bekas perdana menteri itu akan bermalam di sini.

Isteri Najib Razak berusia 66 tahun itu tiba pada 9.50 pagi dengan berpakaian serba hijau turut ditemani peguamnya, K. Kumaraendran.

Peguam itu meninggalkan pejabat SPRM pada 4.15 petang untuk berehat dan kembali semula ke pejabat SPRM di Putrajaya.

Pegawai SPRM masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai soal siasat yang dijalankan ke atas isteri Ahli Parlimen Pekan itu.

Ini kali kedua beliau dipanggil ke SPRM. 5 Jun lalu, beliau disoal siasat selama lima jam di SPRM berkaitan dana SRC International yang dipindahkan ke akaun Najib. Bagaimanapun, Najib sahaja yang didakwa berkaitan siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Isnin lalu, SPRM mengatakan pihak mereka telah menyempurnakan siasatan ke atas Rosmah dan menyerahkan laporan itu kepada Pejabat Peguam Negara bagi memutuskan sama ada dakwaan akan dijalankan.

Kehadiran Rosmah hari ini tidak ditemani ahli keluarga dan penyokongnya.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan bekas pengasas Bersatu Anina Saadudin dilihat hadir bagi menyokong Rosmah.

Beliau turut disaman sebagai RM600 juta ekoran sejumlah 44 alat perhiasan oleh Global Royalty Trading SAL, yang dimiliki usahawan barangan kemas Samer Halimeh.

Barangan kemas itu kemudian disita polis di beberapa premis yang mempunyai hubungan dengan Najib pada bulan Mei dan merupakan sebahagian daripada barang rampasan berjumlah lebih RM1 bilion.– 26 September, 2018. TMI

Comment