Shafie lantik bekas CEO Pecah amanah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah
15:09 Sep 26, 2018  |  By SabahKini2
Shafie lantik bekas CEO Pecah amanah sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah

Selepas melantik Amarjit Sigh Pengarah Jabatan Air yang kontroversi kini Shafie Apdal melantik pula Frank Salazar yang punya kes pecah amanah di mahkamah sebagai Pengerusi LKTNS.

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Benta Wawasan dan COO Sabah Softwoods Berhad, Frank Salazar @Franco dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkuatkuasa 1 September lalu sehingga 31 Ogos 2021.

Watikah pelantikan bertarikh 8 September 2018 itu tular semalam apabila ramai pengguna FB dari Sabah menulisnya sebagai Pelantikan Pengerusi LKTNS yang dikaitkan dengan Maria Issabel Climaco Salazar Mayor Zamboanga City.



Frank Salazar adalah bekas calon PKR pada PRU ke13 di Dun Balung sebelum menyertai Parti Warisan Sabah dan dilantik Ketua Bahagian Warisan Tawau.

Ketika di Sabah Softwood dan Benta Wawasan beliau dikatakan terlibat dengan banyak kes rasuah dan pecah amanah malah ada beberapa kes beliau masih dibicarakan di Mahkamah Perusahaan Malaysia sejak 2014 hingga kini.

Sebelum ini Shafie Apdal turut melantik Amarjit Singh bekas konsultan projek loji air yang direman SPRM sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

14 Comments