Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan
13:09 Sep 29, 2018  |  By SabahKini2
Kerajaan Warisan janji mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan

Lebih 40 ribu bakal diluluskan di bawah Warisan jika peraturan pendaftaran lewat sijil kelahiran dimudahkan khususnya warga asing yang berkahwin dengan orang tempatan. Alasannya bagi mengelak "stateless"

Kerajaan Warisan akan mudahkan permohonan sijil lahir warga asing kahwin orang tempatan

KENINGAU: Kerajaan Warisan berjanji akan mengkaji kes pendaftaran lewat bagi mendapatkan sijil kelahiran kanak-kanak daripada perkahwinan campur, apabila ibu atau bapanya adalah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan Pendatang Asing (PTI)

Mohd Shafie Apdal berkata satu sistem diperlukan untuk bukan hanya menyelesaikan masalah itu, tetapi juga memastikan kanak-kanak terbabit tidak ketinggalan daripada mengikuti persekolahan di negara ini.

“Kanak-kanak tidak boleh ke sekolah tanpa dokumen pengenalan diri yang sewajarnya. Kami mengambil berat tentang kesejahteraan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program di Keningau.

Sebelum ini tular beberapa keping gambar di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang menunjukkan kaunter khidmat pelanggan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibuka di Dewan Masyarakat Keningau diserbu oleh pendatang tanpa izin (PATI) yang dikatakan bagi memohon MyKad.

Komen-komen dalam media sosial facebook memberi persepsi negatif atas usaha Kerajaan Warisan untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan di negeri ini.

Mohd Shafie turut mahu pendaftaran sijil lahir dipermudahkan dan dibaiki oleh JPN. Katanya terdapat keperluan untuk memperkemaskan peraturan yang mana ibu atau bapa kanak-kanak itu yang merupakan rakyat tempatan, boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka.

“Kita mesti ada satu sistem, sebagai contoh, jika hanya ibu atau bapa adalah warga tempatan (manakala ibu atau bapa warga asing yang tidak hadir dalam keluarga), kita mesti mempertimbangkannya (ibu atau bapa rakyat tempatan untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka).
 
“Bagaimanapun, di bawah undang-undang, hanya isteri yang diberi pertimbangan. Jika suami rakyat tempatan dan isterinya pula  tiada di sisi, maka mereka tidak boleh melakukannya (mendaftarkan kelahiran anak),” katanya.

Kassim, 45 dari Keningau berkata cadangan Shafie bakal mengundang masalah jangka panjang jika tujuan perkahwinan Pendatang asing dengan warga tempatan hanya bakal digunakan sebagai lesen untuk mendapatkan dokumen pengenalan ini seperti sijil lahir dan MyKad.

“Cadangan ini perlu diperhalusi lebih mendalam. Bimbang menjadi sindiket warga asing berkahwin dengan warga tempatan lebih berleluasa semata-mata mahu kad pengenalan”.

“Bagaimana jika warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen termasuk passport dan permit masuk berkahwin dengan warga tempatan? Kesan projek IC lama pun kita masih hadapi kesan sosialnya hingga kini. katanya

Hamidah, 30 berkata ‘Stateless’ atau ketanpanegaraan tidak akan menjadi isu besar kepada Sabah sekiranya kedatangab PTI ke negeri ini dapat dibendung.

“Kita tidak bimbang mengenai kelewatan surat beranak dari kalangan warga tempatan akibat masalah-masalah lokaliti pedalaman. Kita risau semakin ramai PTI berkahwin warga tempatan maka semakin besar isu ‘stateless’, surat beranak dan MyKad.” katanya

Pegawai Daerah Keningau Yusof Osman turut mengakui Keningau terdedah kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin berikutan daerah itu berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan memohon sebuah pusat  kawalan keselamatan di daerah itu.

Sementara itu Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang turut turun membantu kempen Warisan itu berkata hampir 40,000 kes pendaftaran lewat di Sabah telahpun selesai sejak  2007.

Beliau berkata itu hasil penubuhan mahkamah bergerak yang dilancarkan pada Mac 2007.

“Jika kami tidak mengadakan program ini (mahkamah bergerak), anak-anak mereka (rakyat Malaysia) akan menjadi kanak-kanak tanpa negara.

“… dan ini amat mendukacitakan sebab mereka adalah rakyat Malaysia (hasil kahwin PTI) dan jika mereka pergi ke hospital, mereka perlu membayar seolah-olah mereka juga rakyat asing,” katanya mencerminkan usaha mempergiatkan usaha mahkamah bergerak di zaman kerajaan Warisan.

Yusaini, 40 penjawat awam yang terlibat dalam program itu berkata akibat proses yang ketat sejak 11 tahun lalu mampu mendaftarkan 40 ribu orang pendaftaran lewat dijangka di bawah Kerajaan Warisan jika proses dimudahkan syarat ikut mana-mana salah satu ibu bapa warganegara pastinya kurang 5 tahun lebih 40 ribu mungkin berjaya didaftarkan.

“Jika masalah sijil lahir selesai maka proses untuk MyKas (hijau) MyPR (merah) MyKad (Biru) boleh diuruskan seterusnya”. katanya.

Semalam tular kaunter Jabatan Pendaftaran Negara penuh sesak diserbu oleh warga asing. Program JPN bukan saja memanfaatkan orang tempatan bermasalah dengan JPN tetapi ribuan PTI yang berkahwin dengan orang tempatan akhirmya memberi masalah kepada anak-anak mereka. Tidak dinafikan warga tempatan mempunyai masalah sedemikian namun masalah yang berkahwin warga asing lebih ramai.

Mahkamah bergerak dikerah mudahkan lagi pendaftaran

 

 

32 Comments