Arang Batu: Sabah tiada halangan laksana cadangan Tun M- Shafie
04:10 Oct 02, 2018  |  By SabahKini2
Arang Batu: Sabah tiada halangan laksana cadangan Tun M- Shafie

Shafie berkata dulu projek Bakun di Sarawak ditentang kini menjana tenaga elektrik lebih baik. kerajaan negeri perlu mengambil langkah dan keputusan yang berani untuk laksana lombong arang batu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri masih teraga-agak untuk membuat keputusan mengenai cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan sumber arang batu dari Sabah bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik.

“Sabah mempunyai sumber arang batu yang paling banyak di negara ini, tidak dinafikan perlombongan arang batu boleh menjana ekonomi negeri ini.

“Selain kesan alam sekitar kerajaan juga menyedari ramai pihak membantah perlombongan arang batu ini.

“Memang idea itu dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, namun apa yang dikatakan oleh Tun itu hanyalah cadangan dan kami masih mengkaji cadangan itu,” katanya selepas merasmikan Kursus Kepada Pengarah-Pengarah Badan Berkanun Negeri di sini isnin lalu.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri tiada halangan dalam isu perlombongan arang batu di Sabah yang mendapat bantahan ramai pihak khususnya para aktivis alam sekitar demi pembangunan jangka masa panjang, kerajaan negeri perlu mengambil langkah dan keputusan yang berani.

“Suatu masa dahulu orang ramai juga membantah cadangan projek Bakun di Sarawak dan sekarang rakyat negeri itu menikmati hasil pelaksanaan projek janakuasa itu. Kini Sarawak mempunyai keupayaan tenaga elektrik lebih baik,” jelasnya

Kerajaan negeri menyambut baik cadangan Tun Dr Mahathir mahu memanfaatkan sumber arang batu Sabah untuk penjanaan bekalan tenaga elektrik di negara ini itu namun beberapa perkara lain kami akan kaji”. katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Demi arang batu kerajaan Warisan bakal korbankan Maliau Basin? ]

Demi arang batu kerajaan Warisan bakal korbankan Maliau Basin?

 

 

3 Comments