Zahid Terima Kunjungan Delegasi Britain, Bincang Pelbagai Perkara
20:10 Oct 03, 2018  |  By SabahKini2
Zahid Terima Kunjungan Delegasi Britain, Bincang Pelbagai Perkara

Perkara lain yang disentuh ialah kerjasama Britain dengan UMNO dan isu–isu mengenai kerajaan sekarang.

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi kanan Britain.

Kunjungan yang diketuai Timbalan Menteri Luar bagi Hal-Ehwal Asia-Pasifik dan Komanwel, Mark Field adalah yang pertama dibuat oleh sejak Zahid menjadi Presiden Umno.

Turut dalam rombongan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, David Thomas dan Setiausaha Pertama Tom Soper.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, mereka bertukar fikiran dan pandangan mengenai isu semasa serta kedudukan Barisan Nasional, khasnya UMNO, di dalam ‘kerajaan menunggu’ (government-in-waiting).

Perkara lain yang disentuh ialah kerjasama Britain dengan UMNO dan isu–isu mengenai kerajaan sekarang.

Turut dibincang ialah isu jenayah keganasan dan keselamatan di Laut China Selatan. -MediaUMNO

Comment