KP Kastam mengamuk rakyat kaitkan kenaikan harga barang kerana SST
23:10 Oct 04, 2018  |  By SabahKini2
KP Kastam mengamuk rakyat kaitkan kenaikan harga barang kerana SST

KP Kastam berkata cukai hanya satu komponen kecil dan ada faktor lain yang mempengaruhi serta menentukan harga barang.

SEPANG: Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam berang dan menggesa rakyat tidak mengaitkan kenaikan harga barang dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau berkata, cukai hanya satu komponen kecil dan ada faktor lain yang mempengaruhi serta menentukan harga barang.

“(Faktor itu termasuk) permintaan dan bekalan, kadar pertukaran mata wang, faktor musim dan putaran semasa barang itu sendiri,” katanya sempena kejayaan Ops Gempur Kastam mematahkan sindiket pemprosesan arak tiruan hari ini.

Kerajaan memperkenalkan semula SST untuk menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 September lalu.

Di bawah SST, 10% dikenakan untuk cukai jualan, manakala 6% bagi cukai perkhidmatan.

Subromaniam berkata, pihaknya tidak berdepan masalah besar selepas sebulan pelaksanaan SST.

 Note: masa dia kempen untuk GST ada dia marah mcm ni ke?

[ARTIKEL BERKAITAN- KP Kastam Sahkan Kerajaan PH yang curi duit ‘refund’ GST ]

 

5 Comments