Boleh khalwat dan zina jika urusan peribadi, tiada lagi ketukan pintu tengah malam- Menteri Agama
10:10 Oct 06, 2018  |  By SabahKini2
Boleh khalwat dan zina jika urusan peribadi, tiada lagi ketukan pintu tengah malam- Menteri Agama

Zina, khalwat, LGBT, minum arak dan lain-lain jika peribadi itu urusan masing-masing bukan kerajaan. Urusan di sebalik pintu tertutup adalah urusan peribadi. Tiada lagi pecah pintu oleh pegawai agama.

KUALA LUMPUR - Selepas kumpulan LGBT dibenarkan kini tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan ia urusan peribadi.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.

“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.

“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan penguatkuasa memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguatkuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.

Mujahid juga berkata, beliau sedang mencuba untuk mengubah minda penjawat awam yang digambarkan sebagai konservatif agama yang mahu menegakkan kesucian Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

Hanya Pegawai minda jumud memecah pintu orang yang disyaki berkhalwat.

 

654 Comments