Kepada 'Haters' jasa terbesar kami dianugerah pingat kerana dihina dan diugut- Timbalan Menteri
11:10 Oct 06, 2018  |  By SabahKini2
Kepada 'Haters' jasa terbesar kami dianugerah pingat kerana dihina dan diugut- Timbalan Menteri

Majoriti pemimpin Warisan mendapat pingat. Jasa kami? Kami telah berjuang melalui ranjau duri, tekanan dan penghinaan, ugutan dan halangan. Jadi kami layak

KOTA KINABALU: Pemimpin Warisan, PH dan UPKO hari ini berbangga dari 1,158 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin majoriti pingat dimonopoli oleh mereka.

Daripada 65 penerima darjah kedua tertinggi negeri, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, iaitu Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew Chin Jin yang juga Pengerusi PKR Sabah,

Turut menerima PGDK ialah Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Darell Leiking; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

Penerima lain ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony; Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong; Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Fung.

Nama lain yang turut tersenarai menerima PGDK ialah Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Jimmy Wong.

Sementara itu, seramai 25 wakil rakyat lagi dari WARISAN, DAP dan PKR adalah antara 119 penerima darjah ketiga tertinggi Sabah, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Antaranya ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar yang kontroversi hubungan sulit, Isnarissah Munirah Majilis; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Kenny Chua dan Sariffudin Hata; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Assaffal Alian dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Dr Daud Yusof.

Turut tersenarai ialah Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang; Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang dan Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Norazlinah Arif.

Yang lain termasuk Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin; Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’Mun Sulaiman dan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual.

Tidak ketinggalan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Lorreto Padua JR dan Terence Siambun yang juga masing-masing Setiausaha Agung dan Bendahari Agung WARISAN; ADUN Liawan, Rasinin Koutis; ADUN Luyang Ginger Phoong dan ADUN Likas, Tan Lee Fat.

Sementara itu, seramai 333 orang tersenarai menerima Bintang Kinabalu (BK), 234 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 252 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 141 orang menerima Sijil Kehormat (CH) dan 12 orang menerima Jaksa Pendamai (JP).

Komen-komen dalam media sosial mempertikaikan penganugerahan kali ini terlalu ‘murah’ sehingga ahli politik Warisan memonopoli darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah.

Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dalam kenyataan terbarunya di facebook mengecam pembangkang dan haters mempersoalkan jasa pemimpin Warisan, PH dan UPKO yang mendapat pingat kebesaran negeri Sabah

“ The answer is simple....mereka-mereka ini telah berjuang melalui ranjau duri, tekanan dan penghinaan, ugutan dan halangan dan berjaya menumbangkan dan melepaskan genggaman UMNO/BN ke atas negeri SABAH.

Mereka berjuang tanpa dijanjikan habuan menggunakan tabung simpanan peribadi kerana impian untuk mencapai satu matlamat yakni SABAH UBAH. Satu jasa yang tiada tolok bandingnya”. katanya dalam nada bongkak.

 

 

 

 

13 Comments