(VIDEO) Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa terlibat kes rogol?
21:10 Oct 07, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah didakwa terlibat kes rogol?

Kali ini giliran PKR. Apakah benar Raymond Ahuar Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang kini bertanding Timbalan Ketua AMK terlibat kes rogol? Tular video mengenai beliau.

Laporan dua wanita dirogol

KOTA KINABALU: Dalam kempen PKR kali ini tular video mengaitkan Raymond Ahuar Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah yang bertanding Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat terlibat dengan kes rogol dua wanita Indonesia

Dalam video itu dua wanita Indonesia bernama Linda dan Wilda datang ke balai polis untuk membuat aduan tentang diri mereka yang dirogol lelaki bernama Raden dan Raymond Ahuar.

Aduan 2 wanita: Dilaporkan terlibat dengan pemerdagangan manusia, pelacuran dan merogol 

Katanya mereka diajak oleh Raden dan Raymond Ahuar di suatu tempat, mereka dipukul serta dilakukan penderaan seksual serta dirogol.

“Buktinya raden seterika tangan saya, itulah sebabnya saya mengadu ke balai polis dan tidak dapat menerima perlakuan mereka.

“Kami juga diugut dengan senapang, akan ditembak dipotong dengan samurai jika melawan di kediamannya Pandiwan (Nabawan).

“Kami terpaksa mengikut apa sahaja arahan mereka”. katanya

Menurut sumber video yang dilaporkan itu dikatakan Raymond Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri yang Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Satu mesej yang dihantar kepada portal Sabahkini2 video yang sama mendedahkan pemimpin Parti Keadilan itu (Raymond) terlibat dalam pemerdagangan manusia atau pelacuran.

"Saya dapat satu video pengakuan dari jagaan seorang pemimpin Warisan/Keadilan di Sabah, video dia ambil dari kawasan balai polis dia membuat aduan tentang pemerdagangan manusia pelacuran.." katanya tidak mahu namanya didedahkan. 

Lampiran gambar-gambar yang diberikan menunjukkan imej Raymond Ahuar Setiausaha Politik itu.

“Kemungkinan besar penyebaran video ini ada kaitan menewaskan kempen kem Akmal dan Raymond dalam kempen AMK PKR kali ini.” kata sumber rapat dengan Raymond.

Raymond juga belum melaporkan polis mengenai video yang tular dalam aplikasi whatapps dan media sosial sejak semalam

Bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan dari balai polis di Sabah mengenai penglibatan Raymond Ahuar alam kes rogol oleh itu kesahihan video masih boleh dipertikaikan.

Umum mengetahui Kem Akmal adalah penyokong kuat kepada calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli.

Hari ini media melaporkan Rafizi Ramli memenangi 4 negeri dari 6 negeri yang menjalankan pemilihan dengan menawan 51 bahagian daripada 88 bahagian dengan undi 16,160 meninggalkan Azmin Ali.

Timbul desas-desus penyebaran video ini dikatakan mungkin dari Kem Azmin Ali yang mahu merosakkan kerjasama kem Rafizi Ramli.

Bagaimanapun kita nantikan sama-sama respon dari Raymond Ahuar.

 

 

 

 

 

 

 

28 Comments