Sebelum ini kecoh Menteri Agama kata operasi khalwat akan dihentikan kerana privasi. Kini Menteri Wilayah pula kata akan beri kelulusan untuk Pesta Arak 'Oktoberfest'
MENTERI Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata pesta arak Oktoberfest tiada halangan dan boleh dianjurkan jika penganjur memohon permit dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Khalid berkata, antara garis panduan tersebut adalah ia tidak dijalankan secara terbuka dan tidak dihadiri orang Islam.
Bagaimanapun, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Dahlan berkata setakat ini tiada permohonan dibuat oleh mana-mana penganjur.
“Sekarang kita dah tahu lepas ni kita akan tindakan. Kita akan tanya DBKL pergi lihat perkara tu.
“Kita akan check dan clarify daripada mana dapat (berita anjuran Oktoberfest) dari Whatsapp? Betul ke atau ada yang nak timbulkan isu? Kita akan verify dulu dan kita akan jumpa pihak itu dulu untuk verify,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DBKL hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai berita penganjuran dua pesta arak masing-masing di Mid Valley dan Kepong.
Nor Hisham berkata, pihaknya akan menyemak terlebih dahulu sama ada kedua-dua pesta yang bakal dianjurkan itu mendapat permit atau sebaliknya sebelum mengambil sebarang tindakan.
Tahun lalu, DBKL menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dirancang untuk diadakan pada 6-7 Oktober yang sepatutnya diadakan di Solaris Damansara dari jam 2 petang hingga 11 malam atas alasan “sensitiviti politik”.
Penganjuran itu mendapat tentangan ramai orang Islam, UMNO dan PAS.
Manakala, polis juga menolak permohonan permit pesta itu kerana ia jadi sasaran pengganas.
Tetapi, tindakan DBKL menolak permohonan penganjuran itu juga dikecam pelbagai pihak termasuklah DAP dan orang bukan Islam.
Namun kali ini Khalid Samad yang dulu bekas PAS terkenal dengan kata-kata menang Pakatan subuhnya mereka akan tutup kilang arak di Shah Alam akan memberi kelulusan jika tertakluk peraturan.