Belum sempat saman rakyat Exco DAP dan KM Melaka minta maaf
18:10 Oct 10, 2018  |  By SabahKini2
Belum sempat saman rakyat Exco DAP dan KM Melaka minta maaf

3 insiden 3 klip video tular. Kali pertama dan kedua Norhizam The Hulk masih nampak berkuasa. Insiden ketiga beliau gugur dan beri kesan buruk kepada PH.

Minta Maaf

BELUM sempat YB Norhizam mahu memberi notis saman 24 jam kepada netizen yang menyebarkan video mengamuknya didesak Ketua Menteri dan DAP Melaka akhirnya Exco Melaka Norhizam Hassan Baktee  memohon maaf atas sikapnya meninggikan suara kepada orang ramai seperti rakaman video yang tular semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: (VIDEO) YB Norhizam DAP beri tempoh 24 jam saman rakyat sebar videonya mengamuk!]

Melalui satu kenyataan Norhizam yang juga ADUN Pengkalan Batu itu menjelaskan, dia sedar insiden yang tular di media sosial itu telah memberikan imej negatif kepada dirinya sebagai wakil rakyat dan kerajaan Melaka.

Bagaimanapun, katanya, tindakannya itu dibuat atas dasar tanggungjawab bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya di kawasannya sentiasa terjaga.

"Rakyat di kawasan saya risau mengenai keselamatan mereka dan anak-anak mereka apabila jalan yang ditutup itu (sebelum ini) sering digunakan oleh orang awam dan berada betul-betul di hadapan kediaman mereka.

"Lebih-lebih lagi sebelum ini telah berlaku beberapa kemalangan yang melibatkan kanak-kanak kecil.

"Dengan ini saya memohon maaf terhadap kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata pada kejadian petang semalam dan akan berusaha untuk membaiki kelemahan dalam aspek komunikasi apabila berhadapan dengan situasi begini," katanya.

Tambah Norhizam lagi, dia juga akan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Melaka.

Sebelum ini, kerajaan Melaka telah memohon maaf bagi pihak Norizam sambil mengakui insiden menjejaskan nama baik Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata HARAPAN baru membentuk kerajaan negeri sejak beberapa bulan, justeru mereka tidak dapat lari dairipada kekurangan.

Katanya insiden yang menjadi tular itu berlaku disebabkan kekurangan pengalaman dan ia akan diatasi segera.

"Kami telah berbincang dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri dan akan melakukan penambahbaikan kepada beliau terutama dari segi kemahiran komunikasi," katanya 

Sementara itu Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong juga menggesa Norhizam untuk meminta maaf dan berkata satu hal itu akan dibincangkan oleh parti mengenai kedudukan Exco itu dalam DAP. DAP Melaka merasa nama baik parti terjejas dari insiden itu. 

Insiden Norhizam mengamuk dan mendapat perhatian netizen bukan baru. Ini kalu ketiga namun kesannya lebih buruk terhadap persepsi Kerajaan Pakatan Harapan Melaka terutama DAP.

[ARTIKEL BERKAITAN: (VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat!]

 

Comment