Noryn Aziz, 42, berkata, dia akan meminta peguamnya untuk meneliti tuntutan berkenaan dan belum terfikir untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tindakan suaminya itu
“Semua sahabat yang saya hormati, hal ini terlalu peribadi untuk saya ceritakan kepada umum kerana selama ini pun saya begitu selesa untuk tidak berkongsi kisah rumah tangga saya.
“Justeru, merujuk kepada tuntutan terbaharu itu, saya akan meminta peguam saya untuk meneliti tuntutan berkenaan. Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk memberikan apa-apa kenyataan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Julai lalu, Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Noryn di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, Terengganu.
Bagaimanapun semalam, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang. - UM