KP Imigresen kata hanya Bancian IMM13 tapi tidak beritahu Timbalan Menteri arah atau tidak!
09:10 Oct 15, 2018  |  By SabahKini2
KP Imigresen kata hanya Bancian IMM13 tapi tidak beritahu Timbalan Menteri arah atau tidak!

Selepas IMM13 dikecam, Shafie kata tidak tahu, Timbalan Menteri tak jawab dan kini KP Imigeresen kata hanya kajian demi hak asasi kerana anak-anak pemegang IMM13 juga ada yang berkahwin dengan warga tempatan. Jadi..

KOTA KINABALU: Selepas isu IMM13 yang menggegarkan Sabah, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali bergegas ke Sabah bertemu dengan Shafie Apdal.

Menurut Mustafar, beliau juga telah berbincang dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan bahawa Jabatan Imigresen hanya mahu menentukan jumlah sebenar anak-anak pemegang kad IMM13.

 

Bagaimanapun keadaan menjadi sebaliknya kesilapan persepsi menyebabkan begitu ramai yang datang “sehingga berpusu-pusu ke Wisma Dang Bandang.”

Mustafar berkata demikian bagi menerangkan perkara yang menjadi kontroversi pada 11 Okt lalu apabila tular gambar dan video klip Wisma Dang Bandang dibanjiri pemegang Kad IMM13 disebabkan ingin mendaftar anak-anak mereka di Pejabat Unit Khas Imigresen.

Dalam sidang medianya hari ini Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali menjelaskan bahawa tiada dokumen IMM13 baharu dikeluarkan oleh jabatan itu di Sabah.

“Ini bukanlah satu gerakan pendaftaran (registration exercise) IMM13 baharu. Kita hanya laksana penyemakan dokumen dan buat penelitian,” katanya dalam satu sidang akhbar di Hotel Le Meridien di sini.

Menyedari teruk dikecam di media sosial Pengarah Imigresen Sabah, Musa Sulaiman keesokkan mengumumkan bahawa program itu diberhentikan serta merta.

Mustafar berkata Jabatan Imigresen hendak menentukan jumlah mereka yang sebenar kerana Kerajaan Malaysia, Negeri dan juga Jabatan sendiri perlu ambil pendekatan supaya keperluan mereka (anak-anak pemegang kad IMM13) seperti hak-hak asasi dan pendidikan sebagaimana yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan dapat dipenuhi.

Bancian anak-anak pemegang kad IMM13 juga perlu atas dasar keperihatinan memandangkan terdapat kalangan pemegang dokumen ini yang telah berkahwin dengan orang tempatan, katanya.

Kepada satu soalan, Mustafar berkata Jabatan Imigresen akan mengumumkan jumlah sebenar pemegang Kad IMM13 di Sabah apabila penelitian yang dimaksudkan telah selesai.

Bagaimanapun Mustafar tidak memaklumkan sama ada Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Wira Warisan mengetahui program itu atau mengarahkan mereka sehingga perlu memaklumkan kepada Ketua Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN- IMM13: Shafie terkejut Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dan imigresen tidak beritahunya ]

“Perbincangan lanjut akan dibuat dengan Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan negeri tetapi tentang berapa lama kita tidak dapat tentukan kerana ianya melibatkan pelbagai agensi dan jabatan yang berlainan,” katanya.

Madius Timbalan Ketua Menteri yang juga menerima tempias kecaman netizen hari ini turut meminta Pengarah Jabatan Imigresen Sabah untuk menjelaskan hal sebenar memandangkan Kabinet negeri mengenai IMM13.

Jeffrey Kitingan juga turut mengecam Shafie Apdal kerana 'mengkambing hitamkan' Jabatan Imigresen kerana mustahil dia tak tahu apabila anak saudaranya Azis Jamman adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang berkuasa terhadap Jabatan Imigresen.

[ARTIKEL BERKAITAN- IMM13: Shafie 'kambing hitamkan' Jabatan Imigresen, tak mungkin dia tak tahu kata Jeffrey ]

 

6 Comments