Exco Melaka 'RM2.6 juta' nafi 'pau' Syarikat pelabuhan Tanjung Bruas
13:10 Oct 15, 2018  |  By SabahKini2
Exco Melaka 'RM2.6 juta'  nafi 'pau' Syarikat pelabuhan Tanjung Bruas

Maklumat dari sumber bahagian PPBM sendiri akhirnya mendedahkan Exco Melaka Mohd. Rafi kembali kontroversi. Sebelum ini kes rasuah RM2.6 juta yang disiasat SPRM. Kini Pelabuhan pula. Rafiq membuat penafian

MELAKA - Exco Melaka Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang disiasat rasuah RM2.6 juta ogos lalu hari ini melaporkan polis menafikan beliau ‘pau’ syarikat termasuk punca pencemaran arang batu di Pelabuhan Bruas Melaka.

Kontroversi tersebut tercetus selepas tular sebuah video berdurasi 3 minit 01 dan laporan pencemaran arang baru aduan dari rakyat berdekat jeti pelabuhan Tanjung Bruas.

Beliau dalam facebook rasminya berkata beliau difitnah dan mahu dakwaan itu disiasat.

“Saya rasa fitnah kepada saya sudah sangat keterlaluan… Bukan hanya saya tetapi YAB Ketua Menteri Melaka juga turut difitnah untuk memburukkan Pakatan Harapan serta reputasi Pakatan Harapan Melaka”. katanya

Portal Sabahkini2 memetik aduan itu dari sebuah blog dan juga video yang dipapar dalam youtube yang tular mengenai pencemaran teruk arang batu di kawasan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas]

Turut dipetik ialah sumber dalaman dari Bahagian PPBM Tangga Batu yang mana Mohd. Rafiq merupakan Ketua Bahagiannya. Sumber itu mengesahkan Exco pelaburan itu ‘kaki pau’ dan pencemaran arang batu di jeti itu adalah dari penyalahgunaan kuasa serta rasuah.

Rafiq sebelum ini adalah Exco Melaka kontroversi dengan siasatan rasuah RM2.6 juta baru-baru ini menerima gelaran’Datuk’ dari TYT Melaka.

 

 

1 Comment