Puteri UMNO bangkit sebagai pembangkang berwibawa- Hajiji
10:10 Oct 16, 2018  |  By SabahKini2
Puteri UMNO bangkit sebagai pembangkang berwibawa- Hajiji

Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, tiba masanya pergerakan itu mengubah strategi, perancangan dan segala aktiviti agar mampu menjadi parti pembangkang yang progresif dan disegani.

 

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno diminta melaksanakan gerak kerja baharu sejajar dengan kedudukan parti yang kini merupakan pembangkang di Sabah dan di peringkat Persekutuan.

Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, tiba masanya pergerakan itu mengubah strategi, perancangan dan segala aktiviti agar mampu menjadi parti pembangkang yang progresif dan disegani.

Menurut beliau, ahli Puteri Umno tidak seharusnya berasa rendah diri dan malu dengan status pembangkang kerana telah menjadi adat dalam mana-mana sistem demokrasi ada ketika parti memerintah tewas dan adakala menang.

“Kita mahu anggota Puteri segera bangkit bagi menyesuaikan diri sebagai pembangkang yang berwibawa. Kita tidak boleh lagi menyesali apa yang telah berlaku tetapi bersikap positif dan bersemangat baharu.

“Apa yang penting ahli Puteri di mana sahaja berada perlu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin di kawasan masing-masing kepada rakyat,” katanya pada dalam majlis Siri Jelajah Ukhwah Puteri Umno Sabah di Tuaran

Siri Jelajah Ukhwah Puteri Umno Sabah kali ini berada di Tuaran turut juga menjelajah di Kota Belud dan Kudat dan diadakan secara berperingkat-peringkat di 25 buah kawasan Parlimen seluruh Sabah melibatkan enam zon.

 

 

1 Comment