Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat
07:10 Oct 18, 2018  |  By SabahKini2
Menteri Pelancongan angkut anak isteri 'Kaki Shopping' keluar negara guna duit rakyat

Menteri Pelancongan dikatakan menteri paling teruk. Dahlah tak pandai buat kerja malah keluar negara angkut anak isteri 'kaki shopping' guna duit rakyat. Tiket dan hotel mewah serta mahu semua ditanggung dengan duit rakyat.

Jika Dr Mahathir dengan menggunakan Hak-hak keistmewaan sebagai Anggota Pentadbiran Kerajaan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 boleh membelanjakan RM6.38 juta untuk lapan lawatan rasminya ke Indonesia, China, Japan, Brunei, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom bolehkah rakyat Malaysia membayangkan berapakah pula perbelanjaan lawatan kerja TPM dan para menterinya ke luar negara?

Kos delegasi PM atau Menteri kabinet ditanggung dari kos tiket penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan (kecuali PM dan TPM menggunakan jet), hotel penginapan, pengangkutan, bil telefon, dobi, tuntutan perjalanan dan makan-minum. Malah jika bercuti sekalipun sekali setahun percutian menteri ditanggung kerajaan dengan kos paling mahal ke London.

Perbelanjaan ini turut meliputi pegawai kementerian mengikuti rombongan, pegawai menteri dan pengawal pengiring. Turut ditanggung ialah isteri Menteri atau Timbalan Menteri dengan kelayakan sama dengan suami tertakluk atas tugas ‘rasmi’.

Bagaimanapun Azmin Menteri Hal Ehwal Ekonomi panel dalam program Bicara Minda bertajuk 'Ekonomi: Kesejahteraan Untuk Semua' di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada 13 Oktober lalu memaklumkan menteri-menteri tidak dibenarkan membawa isteri ke majlis rasmi di luar negara melainkan tempoh lawatan kerja tersebut melebihi tujuh hari.

“Dr Mahathir sudah membuat keputusan bahawa kalau menteri menghadiri persidangan luar negara, mereka tidak boleh membawa isteri, melainkan ia melebihi tujuh hari, kerana mungkin terdapat keperluan dan tidak boleh berjauhan terlalu lama.

"Namun begitu, ia harus dilakukan bagi menjimatkan perbelanjaan awam."

Jika ia lawatan kerja dalam satu dua hari, tidak boleh membawa isteri dan tidak boleh ditanggung kerajaan. Hanya satu menteri dan dua orang pegawai,” katanya

Realiti Semasa Menteri Kabinet

Itu apa yang disebutkan Azmin namun hakikatnya secara realiti ia tidak begitu. Hakikatnya Menteri PH selain tak tahu buat kerja sebagai menteri mereka jenis kaki shopping, enjoy malah tidak menjalankan tugas pun di luar negara. Menteri asyik berjalan dengan isteri dan anak-anak. Kos penginapan dan tiket penerbangan yang tinggi malah semua kos makan minum mereka ditanggung.


Datin Zarinah dan anaknya Khaleeda Zaima Hana Muhammadin.
Kaki Shopping, tinggal hotel mewah dan tiket penerbangan Business Class


Menteri jenis takut isteri

Inilah yang berlaku dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Pegawai-pegawai di kementerian itu beranggapan menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi adalah Menteri yang sangat teruk!. Tidak pandai kerja.

Maklumat dalaman pegawai kementerian memaklumkan dalam satu delegasi melawat negara Brunei misalnya menteri dikatakan tidak tahu tentang subjek dibincangkan, tidak mengkaji apa fungsi kementerian hanya bergantung sepenuhnya dengan pegawai malah perangai paling buruk ialah gemar membawa isteri, anak dan pegawai ke luar negara.

Ia pernah didedahkan oleh pengguna facebook sebelum ini.

Satu dari catatan pengguna facebook yang sebenarnya menyindir menteri pelancongan itu

Dalam satu maklumat whatapps jelas menunjukkan menteri pelancongan gemar menghabiskan duit kerajaan dengan membawa isteri dan anaknya yang gila ‘shoping’ dan enjoy itu.

Setiap kali ke luar negara tiket penerbangan anak isteri kelas perniagaan malah hotel untuk Menteri adalah ‘Suite’ dan anaknya bernama Khaleeda Zaima Hana itu di tempah bilik ‘Silhouettes’ walaupun kelayakan untuk hotel anaknya itu tidak ada.

“Bayangkan majlis makan malam rasmi bertujuan mempromosi pelancongan Menteri Datuk Muhammadin Ketapi tu tak mahu hadir, dia serah wakil kepada KSU dan pegawai kementerian.

Menteri hanya nak bawa isteri dan anak-anak berjalan dan shopping.

Paling memalukan ketika di Singapura shopping anak isteri membeli barangan jenama Bally SD2000 +++, namun kad kredit tak lepas sehingga menyebabkan agensi Tourism Malaysia Singapura menyelesaikannya”. kata sumber itu.

 

Tiket Datin Zarinah

Tiket Business Class Khaleeda Zaima Hana Muhammadin

Dilaporkan juga tiga minggu sebelum lawatan ke Singapura Menteri Pelancongan ke Jepun juga dengan rombongan membawa anak dan isteri. Tiket penerbangan dan bilik yang mahal. Tetapi tidak ada hasil dari lawatan itu.

Itulah  perangai Datuk Muhammadin Ketapi, isteri dan anaknya sekarang. kementerian sudah menjadi macam milik keluarga sendiri.  Gunalah segala perbelanjaan kerajaan atau agensi untuk kepentingan mereka.

Jika Dr Mahathir sudah berbelanja RM6.38 juta berapa kah agaknya pula perbelanjaan oleh Menteri Pelancongan ini menanggung keluarga serta pegawainya keluar negara? Ini belum termasuk tiket penerbangan dalam negara juga hotel-hotel di mana isteri dan anak ikut serta.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Rashidi Hasbullah pula kerjanya mengipas menteri tak berani untuk menegur menteri mengenai program yang membazir serta apa yang boleh dibelanjakan atau tidak mengikut peraturan kerajaan. Ikut sahaja kemana menteri pergi keluar negara asalkan merasa terus kekal di kedudukan sebagai KSU.

Tidak hairan jika ada netizen mengutuk KSU jenis ini.

  

Walaupun menteri ni jenis tak tahu kerja tapi dia pandai mengampu Presiden Parti Warisan Shafie Apdal dengan melantik adik Shafie iaitu Hj Zul Apdal sebagai pegawai di  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

35 Comments