Zahid ditahan SPRM dan dakwa esok
17:10 Oct 18, 2018  |  By SabahKini2
Zahid ditahan SPRM dan dakwa esok

SPRM petang tadi menahan presiden Umno itu selepas beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali keenam.

AHMAD Zahid Hamidi akan dihadapkan ke mahkamah esok atas beberapa tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana sebuah yayasan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Agensi anti rasuah petang tadi menahan presiden Umno itu selepas beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali keenam.

Zahid ditahan pukul 3.15 petang setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018 (Jumaat) jam 8 pagi untuk pertuduhan tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

SPRM menyiasat Zahid berhubung dakwaan salah guna dana sebuah yayasan amal, Yayasan Akal Budi milik keluarga bekas timbalan perdana menteri itu, yang beliau adalah pengerusinya.

MT UMNO melihat pertuduhan terhadap Zahid Presiden hanya bermotif politik sahaja jadi MT kekal menyokong Presiden.

1 Comment